Image

DIY KOTAK UNTUK PRODUK - MUDAH & JIMAT KOS (TAK SAMPAI RM1)

Bismillah & Assalammualaikum semua...Hai korang...I'm back untuk berceloteh...hope takde yang bosan baca celotehan saya yang agak over...tapi kadang-kadang je tau...kalau serius sangat stress pula nanti...so yang penting kita enjoyyy...Today saya nak share kat korang semua DIY KOTAK UNTUK PRODUK - MUDAH & JIMAT KOS (TAK SAMPAI RM1) ...Bab jimat kos dan DIY ni memang suka sangat saya nak buat hehehe...sebab saya ni memang suka nak cuba benda yang baru setiap hari..Kos bergantung pada saiz kotak...

DIY KOTAK UNTUK PRODUK - MUDAH & JIMAT KOS (TAK SAMPAI RM1)

Cer korang tengok kotak putih yang tersusun rapi kat dalam gambar tu...Itulah hasil saya berDIY sensorang kat rumah ni. Banyak cabaran yang terpaksa saya harungi masa buat kotak ni...Salah satunya adalah lambat siap sebab kejap-kejap nak kena usyar anak-anak...diorang ni memang tak sporting kalau ibunya nak fokus...ada je projek belakang tabir yang diorang nak buat...hurmmm redho jela...cabaran yang ke-2 adalah 3 kali buat tak jadi...huhuhu...biasalah kan,orang baru belajar memang gitu

Lepas beberapa kali mencuba sambil beraksi lompat pagar(kat rumah saya setiap pintu ada pagar) akhirnya saya berjaya dapatkan "tiun" buat kotak DIY yang saya rasa ok lah daripada langsung tiada. Tapi masih belum expert lagi la nak buat...untuk guna sendiri dengan tujuan save bajet boleh la hehehe....

DIY KOTAK UNTUK PRODUK - MUDAH & JIMAT KOS (TAK SAMPAI RM1)

Sedikit sedutan aktiviti berDIY saya malam tadi dengan penuh semangat dan kecekalan saya habiskan buat 15pcs kotak sampai pukul 1pagi huhuhu...sampai dalam mimpipun masuk cerita buat kotak hahaha...Nanti saya akan share macamana cara yang mudah untuk buat kotak tu eh...tu pun kalau korang nak tahu...tapi saya rasa masih ada orang yang sama spesis nak berjimat macam saya kat dunia nih...so,yang nak tahu jom layan...

Peralatan yang diperlukan untuk buat kotak :
(alahai macam formal sangat ek...siap bagi senarai alatan pula huhuhu...)
~Kertas untuk buat kotak
~Gunting/Pisau
~Gam @ double tape
~Pensel
~Pembaris panjang
~Produk yang nak dikotakkan

ARE YOU READY?????
-
-
-
GO.....(kikiki dah semacam je dia nih...)

DIY KOTAK UNTUK PRODUK - MUDAH & JIMAT KOS (TAK SAMPAI RM1)

Gambar kat atas ni saya buat contoh supaya apa yang saya nak sampaikan korang boleh faham. Sambil-sambil saya membebel korang boleh refer gambar kat atas tu ya...

1) Korang wajib lukis dahulu gambarajah saiz kotak yang korang nak buat. Contoh yang saya bagi adalah sama seperti kotak yang saya buat cuma size sahaja berbeza. Nak buat ukuran mudah je,korang ukur je tinggi dan lebar produk tu... Pastu korang lukis kat kertas kotak tu...Tapi dibahagian dalam tau,kang lukis kat luar buruk pula jadinya kotak tuh hehehe

2) Selepas dah settle lukis korang boleh start gunting. Kat gambar no 1 korang nampak tak yang saya titik-titik tu? Yang garis putus-putus tu korang perlu potong. Gambar no.2 tu saya dah siap potong. Korang perhatikan betul-betul...jangan salah potong sebab masa mula-mula saya buat tersalah potong...tak bersayap kotak saya hahahaha...

3) Kemudian bila dah settle potong korang perlu matikan garisan... maksudnya setiap yang ada garisan korang perlu lipat bagi senang nak bentuk kotak tu nanti...Kalau korang tengok gambar no.3 korang akan faham apa yang saya cuba bagitahu sebab kadang-kadang bahasa saya ni susah sikit orang nak faham...sebab tu saya suka letak gambar baru jelas...ngeh ngeh ngeh....Lepas tu anak panah hijau yang saya letak tu adalah tempat untuk letak gam...korang perlu letak gam dibahagian belakang...bukan depan...

4) Then gambar no 4 tu pula contoh saya dah lekatkan bahagian badan. Boleh bayangkan tak??? hehehe...Then yang bahagian bawahpun lekatkan juga...Make sure masukkan sayap kebahagian dalam baru gam tau...nanti tak pasal-pasal kotak korang bersayap kiri kanan hihi...

DIY KOTAK UNTUK PRODUK - MUDAH & JIMAT KOS (TAK SAMPAI RM1)

5) Gambar no.5 adalah gambaran bahagian bawah apabila sudah dilekatkan....korang boleh adjust sendiri kalau korang nak lagi cantik bahagian bawahnya tu...Saya sekadar bagi contoh...

6) Selesai bahagian bawah kita beralih ke bahagian atas...Tak banyak yang perlu dilakukan dibahagian atas. Gambar no.6 menunjukkan gambaran kotak dari bahagian atas sebelum ditutup

7) Lastly,korang boleh tutup kotak tu...Misi membuat kotak DIY tamat...Korang berjaya menjadi owner produk yang syok sendiri sebab nak jimat sangat sampai kotak pun nak DIY...huhuhuhu...Setakat 10-15pcs kotak boleh la...kalau beribu takde maknanya nak DIY kan...hehehe

DIY KOTAK UNTUK PRODUK - MUDAH & JIMAT KOS (TAK SAMPAI RM1)

Siap dah kotak saya...Kotak ni saya buat untuk letak garlic balm homemade saya. Selalu bila orang order banyak puas lah saya balut dalam kotak besar yang di"renovate" jadi kecik...memang serius tak senonoh rupanya huhuhu...saya pernah juga berangan-angan nak tempah kotak tapi kosnya agak mahal dan saya perlu order banyak...dah la mahal dan perlu order banyak ambil masa lama pula untuk siap...maka jalan penyelesaian yang paling afdal adalah buat sendiri...settle semua masalah hehehe

DIY KOTAK UNTUK PRODUK - MUDAH & JIMAT KOS (TAK SAMPAI RM1)

Oooo yeah...garlic balm homemade saya dah tersusun kemas dalam kotak...Tak pening kepala dah nak susun lepasni...Lepas buat je dah boleh terus pack masuk kotak...lagi senang nak susun...Syukur sangat berjaya akhirnya saya buat kotak yang sesuai untuk letak garlic balm homemade saya

Begitulah berakhirnya percubaan saya untuk berjimat cermat...then saya sharekan disini untuk tatapan korang yang nak buat macam saya juga...Tak susahpun korang...yang penting korang mesti cuba...Lupa pula saya nak bagitahu,kertas kotak tu korang boleh beli kat kedai-kedai buku...Saya harap perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada korang yang memerlukan. Terima kasih sudi baca DIY KOTAK UNTUK PRODUK - MUDAH & JIMAT KOS (TAK SAMPAI RM1) ...Jumpa lagi next entri...Selamat mencuba...daaaa...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

2 ulasan: