BERNIAGA PUN PERLU BERHEMAH...KENAPA BUNUH PESAING?

Bismillah...
Assalammualaikum semua...siapa kata jual produk homemade tak boleh cari makan? Setiap perniagaan walau sekecil @ sebesar manapun pasti ada terselit rezeki orang yang mengusahakannya...9/10 daripada rezeki adalah melalui perniagaan,so...oleh kerana saya ni tak berkerja,maka saya cuba mencari rezeki dengan berniaga...dan perniagaan utama yang saya pilih adalah menjual produk homemade disamping menjual produk-produk lain melalui dropship...Harini saya nak celoteh tajuk BERNIAGA PUN PERLU BERHEMAH...KENAPA BUNUH PESAING? rentetan daripada keluhan seller-seller online akhir-akhir ini

BERNIAGA PUN PERLU BERHEMAH...KENAPA BUNUH PESAING?

Sebenarnya saya sekadar nak cerita sahaja...lebih kurang tiada idea nak menulis lah kan hehehe...So,saya pilih tajuk tu bukan untuk menunjuk-nunjuk yang perniagaan saya sangat maju dan cemerlang tetapi sekadar untuk update masih ramai lagi orang yang berminat menggunakan produk homemade ni tau...Saya berniaga bukan untuk jadi kaya-raya tetapi untuk membantu meringankan beban suami untuk mengharungi kehidupan membesarkan anak-anak...So,saya tak terlalu push diri untuk dapatkan 'sale'...Tapi tak tahulah seller lain kan...sebab setiap orang tak sama targetnya...betul tak hehehe...

Saya sentiasa percaya bahawa setiap rezeki adalah Anugerah Allah. Setiap orang yang berusaha bersungguh-sungguh sambil menyandarkan kepercayaan kepada janji Allah pasti akan dapat rezeki tersebut. Tak perlu terlalu stress untuk dapatkan rezeki...apa yang penting perlu usaha,tawakkal dan istiqomah...Sentiasa berfikiran positif dan perbaiki diri dari masa ke semasa...Saya sangat bersyukur kerana setiap hari ada rezeki untuk kami sekeluarga...walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk membuat saya tersenyum puas

Semua produk homemade saya adalah hasil kerja tangan saya sendiri. Walaupun masih ada yang beranggapan yang saya repack produk saya daripada krim kilo,saya tak kisahpun...sebab saya tahu apa yang saya buat dan saya sedar Allah sentiasa ada bersama-sama saya untuk memelihara saya supaya terus positif...Ada yang bertanya kepada saya kenapa saya jual produk saya sendiri kepada orang lain untuk buat jenama mereka sendiri sedangkan saya juga jual produk tersebut...

BERNIAGA PUN PERLU BERHEMAH...KENAPA BUNUH PESAING?

Jawapan saya cukup mudah,saya juga mencari rezeki dan saya juga mahu kawan-kawan yang lain mencari rezeki seperti saya...kalau mereka berminat untuk jual produk seperti saya apa salahnya??? Saya tak pernah rasa tergugat bersaing dengan orang lain yang jual produk yang sama dengan saya sebab saya percaya kalau dah ditetapkan rezeki itu milik saya ianya tidak akan berubah...Berapa ramai penduduk dalam Malaysia ni? Takkan seorang seller boleh cover semua orang dalam Malaysia ni kan??? Saya percaya setiap seorang yang datang berurusan dengan saya tidak lain dan tidak bukan hanya Allah yang menggerakkan hati mereka untuk membeli dengan saya...So,apa yang saya nak risaukan???

Selalu saya baca tentang rintihan seller terpaksa bersaing dengan seller yang menjual barang yang sama. Macam-macam tektik yang digunakan dan yang paling selalu saya dengar adalah permainan harga...Ada yang sanggup turunkan harga semata-mata untuk dapatkan sale walaupun untung RM1...Nauzubillahh...mana value korang sebagai seorang peniaga? Korang tahu tak apa effectnya kalau korang buat macamtu? Korang buat macamtu bukan sahaja menjatuhkan value produk tersebut tetapi menutup rezeki orang lain...Cuba bayangkan kalau pesaing korang tu betul-betul memerlukan sale sebab nak beli susu anak mereka @ betul-betul tiada duit untuk makan...apa korang rasa?? Cuba letakkan diri korang di tempat mereka pula...Saya bagi contoh sahaja...harap-harap tiada lah orang buat macamni...

BERNIAGA PUN PERLU BERHEMAH...KENAPA BUNUH PESAING?

Kalaulah tiba-tiba orang nak beli barang kat korang tapi barang korang habis stok apa salahnya korang bagi contact number pesaing korang tu kepada orang yang nak beli barang tu...Jangan takut korang rugi sale sebab korang dah buat satu kebaikan yang Allah tahu...Setiap kebaikan pasti ada balasan yang lebih baik. Ini tidak,bila stok tiada terus cakap takde...kalau nasib baik orang yang beli barang tu dapat jumpa seller lain...tapi kalau nasib tak baik dapat seller yang penipu...kan kesian....lebih baik kita tolong dia dapatkan barang disamping kita tolong pesaing kita dapatkan sale...Kita dapat apa??? Kita dapat pahala la beb...Buat benda simple je dapat pahala free huhuhuhu...Kalau tak percaya korang cubalah...Pesaing bukan musuh kita,tetapi cuba bersaing dengan sihat pasti korang akan dapat hikmahnya

Saya sangat bersetuju bila ada founder-fouder produk yang selalu ambil berat dengan harga jualan mereka dengan menetapkan harga yang patut dijual oleh semua seller. Cara ini dapat memberi satu kekuatan kepada seller untuk terus bersaing dengan cara sihat dan dapat memberi semangat untuk mereka terus mencari rezeki. Apa yang tak bestnya ada juga kadang-kadang seller yang masih berani ingkar mengikut harga yang telah ditetapkan oleh HQ...Ini juga adalah salah satu pembunuh pesaing

So,kesimpulan daripada tajuk BERNIAGA PUN PERLU BERHEMAH...KENAPA BUNUH PESAING? ni adalah kalau kita nak terus berjaya dalam apa jua yang kita lakukan dalam hidup kita,wajib untuk kita buangkan sifat-sifat yang negatif. Yang berniaga tu kalau jual produk yang sama...biasanya agent-agent @ dropship la...elakkanlah daripada bunuh pesaing. Jadilah peniaga yang berhemah...Kekal kan value kita sebgai seorang peniaga dan setiap apa juga kebaikan yang kita buat pasti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik...Ingat tu...Ini janji Allah...bukan saya suka-suka cakap tau hehehe...apa-apapun saya doakan sesiapa sahaja yang seangkatan dengan saya akan beroleh kejayaan dalam apa jua yang korang ceburi...Apa jua yang saya coretkan disini adalah sekadar pendapat tiada kaitan dengan sesiapapun baik yang hidup mahupun yang sudah tiada...Maafkan saya jika ada yang tersinggung...Jumpa lagi next story...Terima kasih sudi singgah baca celoteh saya...Babaiiii
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

2 ulasan:

  1. Sungguh ada bahagian yang saya bersetuju..terutama bab rezeki

    ReplyDelete