Image

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN TEMPATAN

Bismillah...Assalammualaikum sahabat-sahabat semua. I'm back...yuhuuuu...hehehe,tiba-tiba dalam hati banyak girang sebab saya nak review satu usaha murni RISDA untuk membantu usahawan untuk terus maju...So...kita guna RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN TEMPATAN sebagai tajuk artikel saya kali ni ya

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Gambar kat atas ini adalah gambar Rissmart Simpang Renggam. Buat pengetahuan korang  Rissmart adalah pusat pengumpulan dan pengedaran produk usahawan dibawah bimbingan Risda. Ini adalah satu lagi usaha kerajaan Malaysia membantu usahawan-usahawan dan pekebun kecil Risda untuk melonjakkan nama dan mampu bersaing dalam pasaran hari ini. Lokasi Rissmart Simpang Renggam betul-betul berada dibawah pejabat Risda Simpang Renggam yang baharu

Hari ini saya berkesempatan untuk singgah di Rissmart Simpang Renggam sebab saya mempunyai produk makanan untuk dijual dan berhasrat untuk merebut peluang perkhidmatan Rissmart ini. Rissmart Simpang Renggam baru beroperasi selama sebulan dan masih ramai yang belum perasan dengan kehadiran Rissmart di situ

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Rissmart Simpang Renggam dikendalikan oleh sepasang suami isteri usahawan Risda yang berjaya iaitu Encik Hairul Anuar dan Puan Zarah...tetapi saya hanya berpeluang untuk jumpa dengan Puan Zarah je...Mungkin di lain kali saya punya kesempatan untuk jumpa dua icon usahawan Risda ni lagi

Okeyy...dipendekkan cerita saya teruja sebenarnya bila jejakkan kaki kedalam Rissmart Simpang Renggam ni sebab design kedainya nampak sangat unik dan cantik. Tapi masih ada ruang kosong untuk di isi lebih banyak barang,maklumlah kedaipun baru sebulan di buka...masih dalam proses penyusunan barang

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN


Dek kerana teruja sangat dengan peluang yang ada disini tak sedar saya duduk berbincang hampir 2 jam disini. Rupa-rupanya Puan Zarah adalah pemilik kepada produk mee siput. Selalu jumpa dan beli je tetapi harini dapat jumpa pemilik mee siput sendiri...Kalau korang nak dapatkan mee siput yang sedap boleh singgah kat sini

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Lupa saya nak bagitahu korang. Ini mengikut pemerhatian saya la...sebab saya lupa nak tanya. Saya lihat konsep yang dibawakan di Rissmart ni lebih kepada menjual makanan,sebab saya tak nampak selain makanan disini. Banyak makanan yang dipamerkan disini...jap saya sebut mana yang saya ingat ya...Tempeyek ada,tempeyek mini ada,kuih bahulu ada,cookies coklat ada,biskut-biskut bakar ada,telur masin ada dan macam-macam lagi....nak sebut kat sinipun nanti jadi panjang sangat cerita saya hehehe...

Kalau nak jual selain daripada makanan korang boleh tanya owner Rissmart ni terus...Jangan risau mereka sangat friendly. Apa yang diberitahu kepada saya hanya produk usahawan sendiri sahaja boleh diletakkan disitu...Maksudnya produk yang korang nak jual tu korang buat sendiri bukan produk orang lain

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Kuih ni yang menarik perhatian saya sebab warna yang menarik dan nampak cantik. Sengaja saya letak gambar Puan Zarah kat sebelah gambar kuih yang cantik ni...bila ingat kuih ni ingat owner Rissmart nih kannnn...giteww...hahaha...Kalau korang nak tahu kuih yang cantik tu adalah kuih kapit yang di inovasikan untuk nampak lebih menarik. Kreatif sungguh usahawan-usahawan kita

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Yang ini lagi satu produk yang saya dah pun try. Seriously sedap dan unik sebab ramuan rahsianya tapi saya tak boleh la bagitahu ramuan rahsianya kat sini kan hehehe...Tapi cookies ni memang menepati citarasa anak tekak saya dan harganyapun ok...nice...tu ada tertera kat situ korang tengoklah...kannn...murah je

Usai bercerita tentang bisnes saya pun beransur pulang tapi sebelum tu sempat saya mintak Puan Zarah belanja satu gambar dengan popia nestum saya. Popia nestum in Sya Allah akan dipamerkan disini nanti ya...so...gambar tu ala-ala teaser la nak bagitahu korang upcoming produk kan...hehee

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Sebelah gambar tu ada saya selitkan nombor telefon Puan Zarah dan alamat Rissmart Simpang Renggam...Sesiapa yang berminat nak pasarkan produk @ ada urusan lain yang berkaitan boleh contact nombor ini @ terus je datang ke alamat yang tertera...Haaaa lagi satu nak pesan kalau korang nak datang korang pastikan calll dulu ya...takut mereka tiada di kedai sebab kadang-kadang mereka ada urusan di luar

Ada satu lagi info yang saya dapat bahawa korang boleh temui Puan Zarah di lokasi pasar pagi simpang renggam setiap hari jumaat dikawasan berhampiran YongKah. Korang jalan sikit je boleh nampak dah gerai Puan Zarah tu...Gambar dah bagi kan,dah kenalkan...kalau jumpa Puan Zarah bolehlah tegur-tegur,minta sahre ilmu dan tips kejayaan sikit kan...hehehe

Rasanya cukup penerangan saya tentang RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN TEMPATAN. Itu sahaja gambar yang sempat saya snap. Kalau ada apa-apa info terbaru akan datang in Sya Allah saya akan buka topik lagi supaya info dapat disebarkan kepada yang memerlukan info hehehe...Ayuh warga Simpang Renggam,rebut peluang yang ada untuk pasarkan produk korang...Jumpa lagi next story...Terima kasih sudi singgah
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

2 ulasan:

  1. Mggu depan balik simpang renggam..bole la singgahkn.. fmly mertua baru pindah situ..jdi sy pon xpenah lg jln2 sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke...nanti lehlah shopping sekali kan...hehee

      Delete