Image

BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Salam penghulu hari...Salam tahun baru...Salam awal Muharam buat semua yang menjejakkan mata kat blog saya...Salam kenal buat yang firstime ke sini,nanti lain kali datang lagi tau...hehehe...Harini saya nak buat tutorial simple yang saya rasa ramai dah tahu tapi masih ada yang belum tahu.Walaupun jumlah yang belum tahu sangat sedikit berbanding yang dah tahu tapi saya tetap nak share supaya yang sedikit tak tahu tu akan jadi tahu hehehe...Saya nak buat tutorial BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Memandangkan saiz jari saya yang sasa ni,maka saya lebih selesa menggunakan laptop untuk berwhatsapp @ berinteraksi dengan customer melalui media sosial @ tulis blog @ yang berkaitan dengannya. Saya sangat jarang menggunakan handphone melainkan ketika keluar dari rumah @ balik kampung. Lagipun saya suka guna laptop sebab skrin lebih besar dan boleh menaip dengan lebih cepat

Baiklah...kita straight to the point sahaja okey...Saya menggunakan banyak gambar untuk tunjuk contoh supaya lebih jelas dan senang korang nak faham...Kalau masih tak faham boleh tanya...In Sya Allah saya akan cuba tolong

Mula-mula macam biasa korang kena pergi buka google search...contoh yang saya bagi adalah menggunakan google chrome. Kalau korang guna yahoo @ bing boleh juga tiada masalah...

BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP


Apa yang korang perlu taip adalah " whatsapp web" dibahagian search. Lepas taip korang terus tekan search dan korang akan sampai di halaman ini...sila lihat gambar


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP
Korang hanya perlu tekan di link yang saya tunjukkan menggunakan anak panah berwarna merah. Jangan tekan tempat lain taw. Selepas itu korang akan sampai di halaman seperti gambar di bawah


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Ok...bila dah sampai disini korang jangan buat apa-apa lagi. Sekarang korang tinggalkan halaman ni kejap dan ambil telefon yang korang guna untuk berwhatsapp. Kemuadian korang buka bahagian whatsapp dan klik bahagian menu. Selepas itu klik bahagian whatsapp web seperti yang saya tunjukkan dengan anak panah


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP
Bila korang klik sahaja whatsapp web di handphone korang tu automatik akan keluar imbas kod seperti gambar dibawah...Sama seperti gambar dibawah ya...ada kotak 4 segi yang korang boleh scan kod QR seperti yang saya tunjuk dengan anak panah


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Selepas itu korang scan pada kod QR yang ada dilaptop tadi...Tengok gambar kat bawah...saya bagi contoh


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Dalam masa 2 saat selepas korang scan korang akan sampai ke halaman seterusnya seperti gambar di bawah


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Tahniah !!!! Dah siap...korang dah boleh start merempit menaip bait-bait kata dengan senang berbanding menggunakan handphone...Itupun kalau jari jemari korang sasa macam saya jugalah...Kalau runcing-runcing tu mungkin tiada masalah kan...hehehe...

NOTE :
Pastikan handphone korang yang guna whatsapp tadi bersambung dengan data ketika korang guna whatsapp di laptop ( maksudnya kalau handphone korang Off @ korang tutup data memang tak boleh nak buka la whatsapp di laptop)

Korang faham tak tutorial simple ni? Kalau ada yang tak faham boleh tanya ya...Saya tinggalkan korang kat sini eh nak masak untuk dinner jap lagi...Jumpa lagi next entri...Terima kasih sudi singgah di tutorial BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :