Image

ACAR BUAH JOHOR UNTUK CATERING

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Tinjau sekejap kat sini nak update tentang ACAR BUAH JOHOR UNTUK CATERING sebab last week kalau tak silap saya ada update order dari customer di KL then semalam customer repeat order lagi. Wowww...terkesima sekejap sebab tak sangka dapat repeat order...Syukur Alhamdulillah dengan nikmat dan rahmat yang Allah kirimkan buat kami sekeluarga

ACAR BUAH JOHOR UNTUK CATERING

Apa yang agak mengecewakan saya adalah stok buah berwarna hijau kehabisan stok di saat-saat akhir...Sedih teramat sangat beb...yela,orang dah mula suka dengan sajian kita...tup-tup bahan pula tak cukup. Syukur ada kakak ipar saya yang sentiasa bagi semangat "biasalah tu dik,ini namanya dugaan bisnes" begitulah lebih kurang ayatnya kepada saya. So,saya ambil itu sebagai pembakar semangat untuk teruskan projek acar buah johor ni

Walaupun nampak ada kekurangan pada acar buah saya tetapi rasanya tetap sama. Customer request pada saya supaya kali ini nak acar buah yang lebih pedas...so,saya ikutkan kemahuan mereka..."customerkan KING" hehehe...

ACAR BUAH JOHOR UNTUK CATERING

Macam biasa bila acar buah dah sejuk saya mulakan operasi packing masuk plastik sebelum di seal. 1 plastik ni saya isikan 1kg acar buah...senang nak kira hehehe...Mesin sealer tu kalau korang nak tahu bukan untuk sealer je tau,mesin ni sebenarnya mesin untuk vacuum pack. Tapi disebabkan acar buah ni berminyak dan mengandungi cecair,so vacuum pack tidak sesuai digunakan....

So,saya gunakan mesin ni hanya untuk seal sahaja sebab saya rasa mesin ni lebih kuat seal berbanding mesin sealer yang biasa saya guna. Mesin vacuum pack ni saya beli di lelong.com,korang boleh search kat sana. Senang kalau ada mesin ni kalau nak simpan makanan supaya tahan lama korang guna vacuum pack je,pastu simpan dalam peti sejuk...

ACAR BUAH JOHOR UNTUK CATERING

ACAR BUAH JOHOR UNTUK CATERING

Alhamdulillah...selesai packing acar buah terus saya susun dalam kotak untuk dihantar kepada pelanggan. Saya guna Airpak Kurier Service je...next day dah sampai kat tangan pelanggan dah...horeyyy,boleh tahan cepat juga service Airpak ni...

Kalau ada sesiapa yang berminat nak try acar buah johor saya korang boleh terus contact saya. Yang area simpang renggam korang boleh dapatkan acar buah saya di Butik NY Beauty...saya ada letak kat sana. Lastly thank's kepada yang sudi singgah kat artikel ACAR BUAH JOHOR UNTUK CATERING saya kali ini...Jumpa lagiii
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :