Image

SERVIS LABEL BOTOL PRODUK

Assalammualaikum semua...
Harini saya masih tak story pasal projek homemade saya sebab harini saya nak share satu info berkaitan SERVIS LABEL BOTOL PRODUK. Bisnes saya kan ada kaitan dengan sticker & label produk kan, so kita share-sharelah info untuk manfaat bersama...I'm right?

SERVIS LABEL BOTOL PRODUK


PENING KEPALA NAK CARI PRINTING SERVICE?
-
-
KAT MANA NAK TEMPAH LABEL PRODUK?
-
-
SAYA NAK LABEL PRODUK YANG NAMPAK EXCLUSIVE...
-
-
SAYA NAK LABEL YANG MELEKAT KAT BOTOL TERUS...
-
-
Hehehe...macam-macam kerenah bakal-bakal usahawan ni ye...saya akan share tentang perkhidmatan percetakan sticker label jenis silkscreen. Korang tahu tak sticker silksreen tu macamana??? Hahaha...nanti saya syok sendiri tulis tapi korang tak faham...

Silkscreen label ini adalah label produk yang ditampal terus pada permukaan botol. Korang mesti pernah tengok botol produk yang labelnya melekat di botol tanpa kertas @ plastik label...Haaaa itulah dia silkscreen label...Wait... saya bagi satu contoh sticker produk

SERVIS LABEL BOTOL PRODUK

Gambar kat atas ni adalah salah satu contoh label produk jenis silkscreen. Kebiasaannya produk kecantikan dan makanan yang akan guna label jenis ni

Okey semua dah tahukan apa itu silkscreen label? So,saya nak kenalkan sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan pembuatan silkscreen label ni untuk botol produk korang. Syarikat ni dah 10 tahun beroperasi dalam bisnes printing ni...Ala-ala pakar printing la juga kan...Nanti saya akan share info macamana korang nak contact syarikat ni

SERVIS LABEL BOTOL PRODUK

Tak kira botol produk korang tu bulat atau rata tiada masalah...korang stil boleh buat silksreen label ni...Kalau korang ambil produk saya yang dalam botol macam toner dan serum organik boleh la gunakan servis mereka ni kan...hehehe...

Antara kelebihan menggunakan silkscreen label ini adalah label korang akan nampak lebih exclusive dan yang paling penting korang tak perlu dah nak fikir kerja tampal-tampal sticker...sticker terbuka...sticker kotor...sticker terkoyak...hahaha...Betul tak??

Korang kalau nak tahu lebih lanjut @ nak set appointment boleh whatsapp terus dengan Mr Jerry 019-779 5823 @ korang boleh terus tengok laman web perkhidmatan stiker mereka di http://litatsilkscreen.com/ ataupun korang boleh juga check di page mereka https://www.facebook.com/litatsilkscreen/ 

Kalau korang nak tanya pasal harga pun korang boleh tanya kat Mr Jerry ni...Harga adalah bergantung pada sticker design dan size yang dipersetujui dengan harga yang berpatutan...Lupa saya nak bagitahu korang,syarikat ni beroperasi di JB...so,orang-orang JB yang nak jadi tokey produk sendiri boleh lah dapatkan servis label botol produk dengan mereka

Baiklah...rasanya cukup setakat ni sahaja perkongsian saya tentang SERVIS LABEL BOTOL PRODUK. Saya sekadar berkongsi info yang saya tahu untuk mereka yang memerlukan...Kalau korang rasa info ni berguna untuk orang lain boleh share juga tau...Saya harap artikel ni dapat bantu mereka yang mencari-cari servis silkscreen label di JB. Terima kasih baca samapi habis dan jumpa lagi...Babai

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :