Image

SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Harap korang-korang semua sihat sentiasa dibawah lindungan Allah swt...Dah tiga hari saya tak menjenguk blog sebab busy sangat menyiapkan order...So harini saya nak cerita-cerita pasal SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN sebab terlanjur buat sabun semalam kan...

Semalam saya buat sabun kunyit dicampur dengan madu asli untuk customer yang nak branding. Sebelum ni dia dah beli seketul untuk testing...bila dah rasa puashati baru dia berminat nak jual pula dengan jenama dia sendiri. Saya bukan nak ajak orang berangan untuk jadi kaya-raya dengan jual sabun tapi saya cuba buka peluang pada orang yang nak berniaga...bukan untuk kaya tapi untuk tambah mana yang kurang...ringankan beban kewangan...


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Ni dia sabun yang bernama sabun kunyit madu. Dalam sabun ni saya letak kunyit asli,madu,olive oil dan vitamin E. Sabun ni berfungsi untuk membersihkan muka setiap hari disamping memelihara kecantikan kulit secara natural sebab tiada langsung bahan kimia yang terkandung dalam sabun ini

Korang tahukan kalau kita pakai sabun yang jenis ada bahan kimia akan rasa pedih-pedih kan...tapi dengan sabun ni korang tak akan rasa langsung pedih-pedih...kering atau mengelupas. Korang akan rasa sangat selesa dengan sabun ni walaupun korang guna sabun ni dengan kerap


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Ini antara koleksi sabun yang saya buat untuk sample photoshot untuk video usahawan baru-baru ni. Sebenarnya bukan sabun ni je yang saya buat...Saya boleh je buat sabun lain ikut request daripada customer...Kalau customer request bahan lain selain yang saya tetapkan kita perlu berbincang dahulu soal harga sebab saya pun tak tahu apa yang korang nak letak dalam sabun korang kan....so kena bincang dulu la ye...


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Kali ni customer bersetuju untuk guna mould segiempat tepat ni...Setakat harini saya ada 3 variasi mould...segiemapat tepat ni,bunga rose besar dan mould kecil-kecil yang comel tu...Mould kecil-kecil tu saya lebih prefer kepada customer yang baru nak start edarkan sample kat customer mereka...lebih jimat kan...Jap saya tunjuk gambar sabun yang comel tu ya...


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Ada 3 jenis bentuk mould yang korang boleh pilih selain bentuk love ni...Nanti korang nak order saya akan tunjukkan eh...Berat 1biji sabun comel bdalam gambar ni 11-12gram seketul. Ramai customer yang request nak guna mould yang kecil-kecil juga kalau nak beli sabun sebab pertama bentuknya comel...satu lagi sebab senang diorang dah tak perlu nak potong-potong lagi dah...Seketul tu mungkin boleh pakai seminggu..


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Alhamdulillah selesai misi saya menyiapkan order customer...Harap adik ni dapat jual semua sabun ni dengan jayanya. Apa yang penting setiap apa yang kita lakukan mesti ada kesungguhan...jangan cepat mengalah dan wajib istiqomah...Selalu berfikiran positif untuk dapat aura positif...hehehe...rasa macam pakar motivasi pun ada gak nih...

Cuma saya nak pesan satu je kepada sesiapa yang baca artikel saya...Saya bercakap bukan sebagai seorang seller tapi saya cuma nak war-warkan tentang kebaikan menggunakan produk organik berbanding produk yag kita tak pasti isi kandungannya...Tidak perlu terlalu mudah terpedaya dengan kecantikan sementara yang akan memberi kesan pada diri kita suatu hari nanti...dan yang akan menyusahkan kita kelak...

Saya bukan paksa korang beli barang saya taw...Jangan salah faham...sebab saya tahu bukan semua orang berminat dengan produk organik homemade ni...tapi saya juga sedar yang produk homemade ni ada peminatnya yang tersendiri...Buktinya banyak permintaan yang saya dapat...Alhamdulillah dan tahniah kepada yang dah mula bertukar kepada organik...

Apa-apapun setiap orang mempunyai citarasa mereka sendiri...Tepuk dada tanya hati...Sampai disini coretan ringkas episod SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN saya harini...Maafkan saya jika ada kekasaran melemparkan kata-kata...Jumpa lagi next entri ya...Terima kasih

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :