PEMBEKAL PRODUK KECANTIKAN ORGANIK MALAYSIA - HOMEMADE

Bismillah...
Assalammualaikum semua...rindu rasanya nak membebel kat sini...Lama dah saya tak update entri sebab kami 1 family demam,batuk & selsema berjemaah...huhuhu...sabar jela. Harini saya akan cerita sedikit pasal aktiviti saya yang terbaru...Banyak order produk homemade yang saya terima baru-baru ni...ada yang order scrub,sabun,toner,serum dan banyak lagi...So,saya pilih tajuk PEMBEKAL PRODUK KECANTIKAN ORGANIK MALAYSIA - HOMEMADE untuk entri saya kali ini...

Buat pengetahuan semua,saya adalah seorang pembekal produk organik homemade di Malaysia. Saya telah menjalankan perkhidmatan ini lebih kurang setahun lebih dan sehingga hari ini alhamdulillah produk yang saya hasilkan dapat perhatian penggemar produk organik

PEMBEKAL PRODUK KECANTIKAN ORGANIK MALAYSIA - HOMEMADE

PEMBEKAL PRODUK KECANTIKAN ORGANIK MALAYSIA - HOMEMADE

Gambar di atas adalah salah satu produk yang saya hasilkan. Kalau siapa tak kenal produk ini,ia adalah scrub kopi dalam bentuk cecair...Tapi ia bukan terlalu cair macam mandian @ syampu taw...Ia agak pekat dan mudah untuk apply...( tak tumpah @ meleleh )

Scrub kopi ini menggunakan gula sebagai base scrub...Ramai yang tanya saya kenapa tak guna garam sebagai base scrub? Saya memang tak guna garam sebagai base scrub ya..sebab garam akan menyebabkan kulit kita kering dan luka...Garam ni panas dik...huhuhu...saya pernah jumpa sorang customer yang mengadu beli scrub yang guna garam sebagai base...menangis dia sebab mukanya bagaikan terbakar selepas guna scrub tu...Tapi wallahualam...kita tak tahu apa tindakbalas garam ni kan...mungkin ada orang yang boleh masuk dengan tindak balas garam...siapa tahu...

PEMBEKAL PRODUK KECANTIKAN ORGANIK MALAYSIA - HOMEMADE

PEMBEKAL PRODUK KECANTIKAN ORGANIK MALAYSIA - HOMEMADE

Ni sempat saya snap gambar masa saya sedang proses scrub kopi untuk customer tempah baru-baru ini. Customer ni order scrub kopi. Dalam banyak-banyak scrub yang saya buat,scrub kopi yang paling banyak permintaan dan yang paling banyak orang repeat order taw...Banyak dah testimoni yang saya kumpul daripada customer yang sukakan keberkesanan produk homemade saya

Produk homemade ini bukan sahaja organik tetapi ia tidak akan memberi kesan sampingan kepada pengguna...Produk ini boleh digunakan oleh semua lapisan umur tak kira bayi hingga ke dewasa kerana tiada penggunaan bahan kimia didalam proses pembuatan produk organik homemade

PEMBEKAL PRODUK KECANTIKAN ORGANIK MALAYSIA - HOMEMADE

Selain daripada scrub saya ada buat beberapa produk lain juga. Kepada yang baru pertama kali masuk ke dalam blog ini boleh geledah blog saya ni untuk cari produk lain yang saya buat

Yang terbaru ni saya telah buat satu sabun kecantikan khas untuk sorang customer ni. Mula-mula tu dia ambil sample then selepas 2 minggu test dia berpuashati dengan hasil sabun ni dan terus buat tempahan buat jenama sendiri. Ini adalah kali ke-2 dia buat pesanan...Alhamdulillah...ramai yang berpuashati dengan hasil sabun tersebut

PEMBEKAL PRODUK KECANTIKAN ORGANIK MALAYSIA - HOMEMADE

Haaa...ni dia salah satu order saya yang sempat saya snap baru-baru ni...Order scrub kopi,sabun,toner dan serum daripada customer...Yang lain-lain saya tak sempat nak snap sebab kalut sangat mengejar masa. Korang kalau nak try produk homemade saya boleh beli tester dulu...Kalau dah puashati dengan produk tu baru proceed untuk jenama sendiri...Kalau tak puashatipun korang boleh bagitahu untuk saya menambahbaik kualiti produk pada masa akan datang

Rasanya cukup setakat ini coretan saya kali ni sebab sebenarnya saya ada dalam bilik seminar tapi oleh kerana sampai awal sempat saya update entri ni sekejap...Korang kalau nak berurusan dengan saya terus je whatsapp saya taw...Jangan segan-segan...Thank you pada yang sudi singgah di entri PEMBEKAL PRODUK KECANTIKAN ORGANIK MALAYSIA - HOMEMADE & jumpa lagi next entri...Babai

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

0 ulasan:

Post a Comment