Image

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Harini saya bersiaran lagi sebab dah janji semalam kan nak cuba archive target...Harini saya nak share tips RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH. Bawang putih ni sebenarnya sangat bagus digunakan untuk menghilangkan selsema dan batuk untuk bayi dan kanak-kanak. Selain ia adalah antiseptik semulajadi untuk merawat secara natural,kita dapat menerapkan sikap tidak bergantung kepada ubat(drug) bila anak-anak dijangkiti selsema@batuk

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH

Cuba bayangkan kalau anak-anak kita sedang dilanda selsema dan batuk mesti tak senang duduk kita dibuatnya. Anak saya yang bongsu lahir tak cukup bulan dan sangat mudah dijangkiti selsema so saya memang tak bagi ubat kalau dia selsema...Saya akan cari solution yang natural untuk menghilangkan selsamanya

Kalau anak saya "block" means hidung tersumbat saya akan guna air panas campur dengan minyak kayu putih dan wap kan pada mukanya...In Sya Allah akan lega sikit hidung tersumbatnya...Makesure air panas tu yang betul-betul panas supaya ada banyak wap yang terhasil dan pastikan kalau nak cuba cara ni korang balut badan anak korang dulu(bedung) untuk keselamatan supaya tangan mereka tak menggapai2 masa proses nak wap muka mereka

Cara yang kedua saya akan guna minyak yang dicampur dengan bawang putih untuk sapu di dada dan belakang serta tapak kaki anak saya untuk tujuan supaya selsemanya cepat kering. Rasanya ramai yang dah pernah review cara ini sebagai solusi untuk merawat selsema @ batuk secara natural tanpa ubat, korang boleh search review mereka di google sebab ada banyak cara yang mereka share. Macam saya,saya akan ketuk @ grind bawang putih untuk keluarkan airnya dan masukkan semua bawang putih yang dah di grind tadi kedalam minyak...Minyak tu yang saya gunakan untuk sapu...

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH

Oleh kerana saya ni malas nak buat setiap kali nak guna saya telah ambil inisiatif RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH dengan membuat minyak bawang putih dalam bentuk balm...Hehehe...nampak sangat malasnya saya kan...So,saya dah tak payah nak fikir tentang minyak bawang putih lagi dah...Balm ni saya standby letak dalam bilik untuk guna malam hari sebelum tidur

Bagi saya Garlic Balm @ Bam Bawang Putih lebih mudah digunakan berbanding minyak bawang putih sebab balm ni tak payah risau tertumpah dah...Bila dah guna tutup je letak tepi katil...sorok2 la sikit nanti anak nampak dia ambil pula huhuhu...Kalau guna minyak bawang putih susah juga sebab dalam bentuk cecair,risiko untuk tumpah tu agak tinggi even letak dalam botolpun bila nak apply still ada risiko untuk meleleh...Ini pendapat saya la...sebab saya ni jenis kurang cermat...semua nak cepat jek...hehehe

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH
~ sekadar gambar hiasan...comel kan...~

Baru-baru ni saya ada buat 10 botol garlic balm untuk testing market dan Alhamdulillah dalam sehari saya berjaya jual semuanya...huhuhu terharu sangat...Semua bagi respond yang baik...So,untuk projek selepas ini saya akan buat lagi untuk dijual dengan orang luar pula In Sya Allah...Apa yang penting kandungan garlic balm ni adalah 100% organik

Dalam garlic balm saya tidak menggunakan apa-apa jenis essential oil sebab saya takut ada bayi yang tidak serasi dengan essential oil tersebut...So,bau garlic balm ini adalah 100% bau bawang putih asli...Tiada pewarna @ pewangi tambahan diletakkan didalam garlic balm homemade saya

Cara guna garlic balm ni senang je...Sapukan garlic balm ni pada tapak kaki anak dan pakaikan sarung kaki...Kemuadian sapukan garlic balm dibelakang badan dan bahagian hadapan sehingga leher...Kalau anak dah lena boleh sapu dibahagian sinus dan dahi ... Bawang putih kaya dengan antiseptik yang bertindak untuk melegakan selsema dan batuk dengan cepat dan semulajadi

Setakat ini saya berpuashati dengan rawatan natural yang saya berikan untuk si manja sebab anak-anak saya memang susah sangat kalau nak bagi makan ubat. Alhamdulillah cara ini membantu saya untuk menyelesaikan masalah anak takut makan ubat VS saya memang taknak biasakan drugs untuk anak...hehehe

Sampai disini sahaja perkongsian saya...Harap kita ada berpeluang lagi untuk bertemu di next entri...In Sya Allah esok saya akan share aktiviti homemade saya yang dah beratur untuk di update...Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis topik RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH ini dan semoga perkongsian saya serba sedikit dapat membantu meringankan beban kerisauan ibu-ibu semua...Jumpa lagi...


Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :