Image

LIPBALM YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Bismillah...
Assalammualaikum...
Hi korang semua...jumpa lagi harini. Kali ni saya nak cerita pasal LIPBALM YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK sebab raya dah nak dekat ni,saya perhatikan ramai ibu-ibu kat luar sana suka sangat pakaikan lipstik kat anak-anak perempuan mereka bila keluar berjalan lebih-lebih lagi time raya...

Korang sedar tak yang lipstik ni bahaya untuk kita semua sebab kita tak tahu apa bahan yang terkandung dalam lipstik tersebut. Bukan semua lipstik dalam dunia ni tak selamat tetapi ada sebilangannya tidak selamat dari segi bahan yang terkandung dalam lipstik tersebut

Kita guna lipstik dibibir dan bila kita makan lipstik itu akan ikut sekali masuk kedalam mulut kita. Bila dah masuk ke dalam mulut peratusan untuk masuk ke dalam perut itu adalah 100% melainkan ada yang makan lepas kunyah tu keluarkan balik...haaa itu mungkin 50% je yang masuk hehehe....Tapi ada ke yang makan kunyah-kunyah kemuadian keluarkan balik???

LIPBALM YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Adik ni pakai lipbalm homemade saya...tengok kat tangan dia siap show lipbalm strawberry lagi tawww...hehehe...Untuk pengetahuan semua lipbalm ini akan ada kesan pinkish ya...tapi korang tak perlu risau sebab kesan warna tu bukan sebab pewarna yang selalu ada kat lipstik tu...serbuk mica pun saya tak letak

Lipbalm saya 100% organik sebab bahan yang saya letak adalah daripada sumber pewarna dan perisa makanan. So...ianya selamat dipakai pada kanak-kanak...lebih-lebih lagi anak kecil ni mana tahu benda tu bahaya ke idok...Kita yang salahnya bagi mereka guna lipstik sebarangan kan...

LIPBALM YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Korang tahu kan kalau tertelan bahan lipstik ni akan menyebabkan kanser? Sebab itu wanita lebih cenderung mendapat kanser berbanding lelaki...Maka,nasihat saya elakkan anak kecil pakai lipstik sebagai langkah mencegah...Walaupun nampak simple je tetapi ia adalah penting...

Cuba bayangkan kalau dari kecil dah telan bahan kimia bila dah besar agak-agak berapa banyak yang ditelan? Saya menulis bukan sebab nak bagi korang takut...atau bukan sebab saya nak jual barang...Tetapi saya nak bagi kesedaran kepada mereka-merka yang masih belum tahu bahaya penggunaan lipstik pada kanak-kanak

Terdetiknya hati untuk saya buat lipbalm ini selepas saya membaca sebuah artikel mengenai bahan yang terkandung dalam lipstik. Saya bukan nak menggantikan tempat lipstik-lipstik dalam dunia ini tetapi saya mula sedar yang saya dah telan bahan kimia berguni-guni dah dalam perut

Oleh itu saya mencuba untuk buat lipbalm ini untuk menggantikan lipstik yang selalu saya guna...Dan dalam masa yang sama saya nak ajak korang pun bertukar...hehehe...itupun kalau sudi...

Kalau korang tak sudi bertukar kepada yang organik takpe...it's ok...tetapi saya lebih berharap supaya korang jangan teruskan letak lipstik dibibir anak-anak korang. Hentikan kerja yang sia-sia itu hokeyyy...Carilah LIPBALM YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Rasanya itu sahaja coretan ikhlas dari saya harini. Kepada mereka yang berminat mendapatkan lipbalm organik saya korang boleh terus whatsapp saya taw...Jumpa lagi next entri...Selamat berpuasa

Wassalam