Image

KRIM MALAM DAN SIANG HOMEMADE

Bismillah...
Assalammualaikum & selamat pagi korang...Pagi ni anak yang kecil masih tidur lagi dan yang lain semua dah settle ke sekolah...Maka saya curi masa sikit nak update entri kat sini. Harini nak cerita pasal KRIM MALAM DAN SIANG HOMEMADE. Saya buat ni sebab ada permintaan dari customer yang cuba nak bertukar ke organic skincare...harap-harap serasi lah dengan mereka

KRIM MALAM DAN SIANG HOMEMADE

Yang ni adalah krim malam a.k.a krim kunyit. Krim kunyit ni dijadikan krim malam sebab kunyit ni banyak kelebihannya untuk memperbaiki kulit yang bermasalah ketika kita sedang tidur. Krim kunyit ini saya gunakan yang original kunyit sahaja...bukan kunyit masak tu taw...Kalau korang nak tahu kunyit masak tu sebenarnya boleh je pakai kat muka sebab kunyit tu dicampur dengan tepung beras...Tepung beras juga bagus untuk muka ya...

KRIM MALAM DAN SIANG HOMEMADE

Yang ini pula adalah krim siang. Krim siang ni saya letak madu sebagai bahan campuran sebab madu ni sangat bagus untuk melembabkan kulit dan ia berfungsi untuk melembabkan kulit,menegangkan kulit dan merawat kulit yang bermasalah secara semulajadi.

 Dalam setiap krim saya,saya akan letak vitamin E dan olive oil untuk menjadikan krim ini lebih efektif. Base krim-krim ini saya gunakan aloevera. Semua orang pun tahu aloevera berfungsi untuk mencerahkan kulit selain menghilangkan kesan-kesan parut,menegangkan dan antipenuaan secara natural

KRIM MALAM DAN SIANG HOMEMADE

KRIM MALAM DAN SIANG HOMEMADE

Nasihat saya kepada korang yang mula berjinak-jinak nak guna organik supaya lebih banyak bersabar dan konsisten sebab produk homemade tiada bahan kimia. Ia adalah 100% organik,so kesannya mungkin akan lambat berbanding produk lain bergantung pada kulit kita. Apa yang penting bila kita pakai yang organik kita akan rasa lebih selamat dan selesa. Bila pakai krim muka ini korang akan rasa sejuk je kat muka...takdelah masa nak tidur rasa berpeluh-peluh panas dek krim muka hokeyyyy

Apa-apapun pilihan terletak pada tangan korang. Kepada yang berminat nak mencuba boleh terus contact saya. Saya ada buat krim kilo juga untuk 2 jenis krim ni...Kalau berminat untuk jenama sendiri korang dinasihatkan untuk beli satu dulu...test dulu baru tahu feelingnya kan huhuhu...Krim ni sesuai untuk semua jenis kulit. Dan saya sedang buat testing buat krim untuk orang yang berkulit kering...so...stay tuned..saya akan update bila dah siap

Kepada korang yang nak ikuti perkembangan saya melalui media sosial lain boleh follow saya di :

Terima kasih sebab sudi singgah untuk baca entri KRIM MALAM DAN SIANG HOMEMADE  ni. Jumpa lagi dilain kali...Saya harap entri ini memberi manfaat kepada orang yang memerlukan...Saya doakan setiap inci insan dalam dunia ini sentiasa dirahmati Allah..

Wassalam