KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Pstttt...korang saya nak habaq mai kat korang ni pasal KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY. Semalam saya baru hantar stok ke sana,kalau korang nak pakai inai masa raya nanti korang boleh dapatkan di Butik NY Beauty taw...Alamat saya ada sertakan kat gambar

Saya selalu perasan ada ramai orang yang suka pakai inai masa raya. Sayapun tak tahu apa sebabnya tapi memang selalu saya jumpa terutamanya golongan kanak-kanak. Maknanya orang guna inai ni bukan masa majlis kahwin je la kan...

KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY

Ada 4 jenis inai yang korang boleh dapatkan kat sana. Ada inai jari serbuk,inai celup,inai kuku dan inai rambut. Inai kuku ni sama je dengan inai celup...yang membezakannya adalah size dan bentuk bekas je

Inai ni adalah salah satu perhiasan yang popular dikalangan wanita sejak zaman dulu lagi. Selain berfungsi sebagai perhiasan inai juga dapat memelihara kesihatan kuku kita...Haaa...2in1 gitewww...

Bahan yang terkandung dalam inai mampu membunuh kuman pada kuku dan mencantikkan kuku. Perasan tak bila pakai inai kuku kita akan jadi shining...Inai juga boleh menguatkan kuku...Banyak juga manfaat pakai inai ni kalau korang nak tahu...

Dalam KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY ni ada juga inai untuk rambut. Korang jangan risau sebab inai tu inai asli...Ramai yang dok tanya kat saya rambut akan jadi warna apa kalau guna inai tu. Boleh jadi perang atau merah tak???

Ni saya nak bagi penjelasan bagi terang dan tenang hati mereka yang nak membeli inai rambut ni...Inai rambut yang asli akan menghasilkan warna inai asli. Warna inai asli adalah warna bayang-bayang perang yang boleh nampak bawah cahaya.

Kalau inai yang menjadikan rambut berubah dengan ketara itu namanya inai kurang asli...hehehe...inai yang asli tidak akan merubah rambut dengan sangat ketara melainkan inai asli itu telah dicemari keasliannya dengan campuran pewarna

Tujuan orang dulu-dulu mrnginaikan rambut bukan untuk jadikan rambut tu perang ala-ala artis hollywood tapi tujuannya adalah untuk menguatkan akar rambut,merawat rambut rosak,mengilatkan rambut,melembutkan rambut dan menyejukkan kulit kepala...Menginai rambut adalah merupakan satu terapi kepala yang popular pada zaman dahulu

Kesimpulan pada cerita inai rambut ni adalah bila kita pakai inai rambut rambut kita akan menjadi lebih sihat luar dan dalam. Dari segi warnanya pula tidak akan nampak dengan ketara melainkan korang duduk bawah sinar matahari akan nampak bayang-bayang perang inai tersebut

KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY

Ok...kita tutup cerita inai dah eh sebab saya nak cerita sikit pasal vendor inai saya ni. Sebenarnya banyak lagi koleksi produk saya kat butik ni tapi harini saya nak cerita pasal inai je sebab kalau cerita pasal yang lain-lain panjang menjela entri ni korangpun menguap 10 kali baru habis baca nanti hahaha...

Butik NY Beauty terletak di Pusat Perniagaan Pelangi di Simpang Renggam. Kalau orang simpang renggam mesti kenal siapa owner butik ni,sebab owner ni ada rangkainan produk kosmetik bawah jenama NY BEAUTY GLOW SKINCARE yang tengah hangat sekarang

KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY
~haaa...inilah founder NY BEAUTY GLOW SKINCARE...amacam??~

Korang yang nak usya-usya boleh tengok kat page NY BEAUTY SKINCARE HQ banyak koleksi testimoni produk yang best-best korang boleh tengok sendiri. Terdapat banyak jenis produk yang berada dibawah rangkaian NY BEAUTY GLOW SKINCARE

Kalau korang tercari-cari produk untuk glowingkan muka korang raya ni, boleh dapatkan set NY BEAUTY. Set skincare ini juga boleh digunakan oleh mereka yang pernah tersalah pilih produk yang menyebabkan kulit rosak...kita kasi repair guna NY BEAUTY GLOW SKINCARE hokeyy...

Kepada mereka yang berminat mendapatkan produk yang saya dok bebel dari tadi tu bolehlah korang serbu Butik NY Beauty di simpang renggam dan kalau korang jauh dari simpang renggam korang boleh pm je kat page HQ tu. Nanti mereka akan reply...

Haaa...sebelum saya terlupa kat butik ni ada macam-macam taw...boleh dikatakan semua produk kosmetik yang hangat dipasaran ada jual disana. Ramai yang hantar barang as vendor kat sini sebab owner butik ni nak tolong semua orang untuk kembangkan bisnes taw...Kalau korang ada barang nak letak kat sana pun boleh...Korang boleh terus pm je mereka...

KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY

Rasanya cukup setakat ni saya nak membebel. Harini dah puasa ke-6 rasanya dah boleh mula shopping dah ni...Kat sini ada jual tudung dan pakaian juga...Jom la p jenguk-jenguk..Nampak tak kat gambar banyak betul produk kecantikan bermacam-macam brand kat sana...Rambang mata iollllssss...

Terima kasih kepada yang sudi singgah meninjau disini. Jumpa lagi next time ya...Selamat meneruskan puasa...

Wassalam

0 ulasan:

Post a Comment