Image

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini adalah hari ke-18 semua umat islam sedunia berpuasa. Bermacam dugaan yang dilalui dan dugaan yang paling besar adalah menahan lapar dan dahaga....Harini saya nak kongsi cara agar tahan puasa ketika di bulan ramadhan

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Biasanya orang perempuan akan meletakkan satu target puasa sambil diet. Sebab  nanti di pagi raya nak pakai baju cantik mestilah nak nampak langsing dan bergaya kan...so bolehlah gunakan puasa ni sebagai salah satu tips puasa sambil diet...hahahaha...harap-harap berjayalah diet kita kan...

Tips yang saya nak kongsikan harini adalah cara saya sendiri guna sepanjang ramadhan sebab saya ada masalah gastrik. Tetapi setelah saya apply tips ni alhamdulillah saya tiada masalah gastrik sepanjang saya menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Inilah menu wajib saya minum selepas ambil hidangan sahur saya. Minuman ini mampu membuatkan saya rasa kenyang sepanjang hari ketika berpuasa. Selain itu ia membantu saya mengelak dari diserang gastrik yang menghantui saya setiap kali bulan puasa

Tadi saya ada terbaca satu artikel tentang cara elakkan rasa haus ketika berpuasa. Bagi elakkan rasa haus @ kering ketika berpuasa kita perlu elakkan makanan yang masin ketika bersahur kerana garam yang berlebihan akan mengeringkan badan kita yang akan mengakibatkan kita cepat rasa haus. Makanan yang sesuai kita ambil ketika bersahur adalah dari jenis kekacang,oat,kurma,sayur,buah dan benda yang manis

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Saya nak share resepi ringkas minuman wajib saya ni untuk korang cuba...In Sya Allah korang akan lebih bertenaga untuk mengharungi ibadah puasa korang.Tiga bahan sahaja yang saya gunakan iaitu Oatmeal,kurma dan air panas...Cara-caranya ambil 5@7 biji kurma dibuang biji masukkan kedalam cawan dan letakkan air panas...Hancurkan kurma sedikit menggunakan sudu dan letak oatmeal sebanyak 4 sudu( terpulang pada korang nak letak lebih@kurang ) Kacau sehingga sebati dan boleh terus minum

Resepi yang saya bagi ni korang tak perlu dah nak tambah susu@gula sebab memang dah lengkap dah rasa manisnya yang original dari kurma. Hidangan ini juga terselit diet yang bagus untuk kesihatan sebab oatmeal ni bagus untuk membuang kolestrol dalam darah disamping memelihara kesihatan jantung kita

Kurma yang dalam gambar ni memang kurma pilihan saya yang terbaik sebab belum pernah jumpa isi yang tidak elok lagi seperti yang orang ramai viral kurma busuk tu...Saya yakin je nak terus makan tanpa kopek dulu...rasanyapun sedap dan lembut walaupun harganya agak mahal...hehehe

Tips menahan lapar ketika puasa ni bukan khas untuk bulan puasa je tau...Kalau bukan bulan puasa pun korang boleh gunakan cara ini untuk diet...Korang jadikan menu ini sebagai hidangan pertama setiap hari selepas korang subuh...

Dan yang bestnya korang boleh jadikan resepi ini sebagai menu utama korang...Maksudnya kalau korang memang tengah nak diet kaw-kaw tu korang tak perlu makan pil kurus...korang ambil menu ni sebagai pengganti makanan utama korang...In Sya Allah korang akan dapat hasilnya...

Begitulah sedikit tips tahan lapar dibulan puasa yang saya gunakan sejak 1 ramadhan sehingga harini dan ia menjadi dengan saya. Saya tiada rasa kering dan lembik sepanjang hari. Kepada ibu-ibu yang ada masalah merekrut anak untuk berpuasa boleh try tips ni kepada anak-anak supaya mereka lebih bertenaga untuk kesekolah masa bulan puasa ni. Terima kasih sudi baca artikel saya...Jumpa lagi next entri...

" SEMOGA PUASA KITA DITERIMA ALLAH"

Wassalam