Image

PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP

Bismillah...
Assalammualaikum semua...harini agak lewat saya buka blog untuk story mory sebab tak berapa sihat akhir-akhir ni...Cuaca panas sangat lebih-lebih bulan puasa buatkan migrain saya selalu berdamping...Harini saya nak cerita pasal bila anak lambat bercakap yang benar-benar dialami oleh saya sendiri...Ikuti cerita pahit getir BILA ANAK LAMBAT BERCAKAP

Saya punya anak yang lambat bercakap walaupun usianya sudah menginjak 6 tahun tetapi masih belum dapat membuat ayat...Perkataan yang dia tahu pun tidak banyak...Tetapi setakat hari ini dia dah kenali semua anggota badannya....Alhamdulillahhh...berkat kami suami isteri yang tak pernah jemu mengajar walaupun acapkali tidak diendahkan

PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP

Sebelum ni saya pernah ceritakan tentang anak saya ni...Namanya Ammar...Ammar ada masalah lambat bercakap. Saya mula sedar Ammar tidak bercakap sejak umurnya 2tahun tetapi saya anggap itu adalah normal sebab ada yang cakap anak lelaki lambat bercakap...So saya anggap ini adalah perkara biasa dan saya cuma menunggu saatnya Ammar mula bercakap

Tunggu punya tunggu saya kecewa sebab saban tahun Ammar masih tidak tunjukkan minat untuk bercakap walaupun kami bercakap dengannya. Kami bercakap dengannya seolah-olah mencurah air ke daun keladi...Ammar langsung tidak peduli dengan kami...Ammar buat hal dia je...sedih sangat...Kami mula risau sebab anak lambat bercakap



TANDA ANAK LAMBAT BERCAKAP
Kepada ibu bapa diluar sana saya nasihatkan supaya ambil lebih perhatian kepada anak-anak ketika mereka sampai di stage mula bercakap kerana ini adalah saat yang paling penting untuk kesan anak lambat bercakap. Seeloknya kita dapat kesan dari awal supaya kita dapat cari cara mengatasi masalah anak lambat bercakap. Tips untuk mengesan anak lambar bercakap mudah sahaja bila sampai tahap masa sepatutnya seorang kanak-kanak bercakap sedangkan anak kita masih tidak bercakap kita perlu lakukan sesuatu seperti mendapatkan nasihat doktor dan sebagainya

CIRI-CIRI ANAK LAMBAT BERCAKAP
Mengikut pengalaman saya anak yang lambat bercakap akan kurang menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan sesiapapun termasuk ibubapanya sendiri. Apabila kita bercakap dengannya mereka tidak fokus atau langsung tidak pandang ke arah orang yang bercakap. Lagi satu mereka tiada minat untuk berkawan dengan sesiapa walaupun dengan adik beradik sendiri. Mereka lebih suka menyendiri

PUNCA ANAK LAMBAT BERCAKAP
Bagi pendapat saya antara penyebabnya anak lambat bercakap ada kemungkinan disebabkan kita kurang berinteraksi dengannya sejak kecil. Mengikut pengalaman saya,ketika Ammar kecil saya jarang berinteraksi dengannya atas sebab berkerja....Saya tak punya masa dengannya...Hidupnya lebih banyak dihabiskan dengan pengasuh yang menjaga bayi lain juga ketika itu. Ketika Ammar berumur 20bulan saya berhenti kerja dan baru saya sedar yang saya dah terlepas sesuatu yang berharga iaitu kominikasi yang perlu saya terapkan padanya sejak dia bayi...Untuk pengetahuan semua...komunikasi dengan bayi seawal ketika dalam perut sangat penting untuk perkembangan otak bayi tersebut. 

MENANGANI ANAK LAMBAT BERCAKAP
Sekiranya ibubapa diluar sana perasan anak lambat bercakap boleh segera bawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan. Mereka akan buat siasatan dahulu sebelum dirujuk kepada pakar sekiranya anak tersebut perlukan rawatan. Sebagai ibu bapa kita harus peka dengan perkembangan anak dan ambil tahu kenapa anak lamabt bercakap. Kita perlu mengikuti beberapa prosedur untuk mendapatkan rawatan untuk anak lambat bercakap

PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP

Surat buat Ammar daripada JKM untuk ambil kad OKU dah sampai...Oleh kerana kegagalan saya memberi perhatian kepada anak semasa Ammar kecil membuatkan saya menerima padahnya. Saya redha dengan ketentuan Ilahi...Ini akan menjadi pengajaran untuk saya

Saya menyeru kepada semua ibubapa diluar sana jangan mengambil enteng dengan perkembangan anak-anak kita. Nampak seperti perkara kecil sahaja tetapi bakal memberi kesan yang besar jika kita sendiri tidak ambil serius dengan perkara ini. Buangkan rasa malu punya anak istimewa kerana bagi saya itu adalah satu anugerah ALLAH  yang tidak ternilai

Saya mengaku saya kurang berkomunikasi dengan Ammar sejak dia bayi sebab saya terlalu pentingkan kerja...Bukan maksudnya saya tak pentingkan Ammar tetapi masa saya lebih kepada kerja kerana saya dianggap penting ditempat kerja suatu masa dahulu sehinggalah saya terpaksa berhenti kerja kerana berpindah...

Bila saya dah tak kerja dan hadap Ammar 24 jam baru saya sedar apa yang saya lakukan sebelum ini adalah salah..Tetapi masa tak dapat nak ubah...semuanya salah saya...sayalah punca anak lambat bercakap...Ya Allah...sedihnya hati...Ammar terpaksa harungi semua ini sebab kecuaian kami

Sekarang Ammar masih dapatkan rawatan untuk anak lambat bercakap di klinik kesihatan dan hospital. Ammar dah pun mulakan sesi persekolahan di sekolah pendidikan khas supaya dia lebih dapat perhatian dan bimbingan yang sepatutnya daripada guru yang terlatih mendidik anak istimewa sepertinya

Maafkan ibu Ammar sebab telah gagal untuk menjaga Ammar ketika Ammar perlukan ibu dulu...Ibu mengaku ibu yang salah...Ibu sibuk dengan kerja...Pagi pergi kerja Ammar tidur lagi ...Malam ibu balik Ammar dah pun tidur...Butanya ibu masa tu...Ibu lupa diri semata-mata kerana kerja...ibu lupa yang Ammar perlukan ibu..Tapi sekarang semuanya dah terlambat...ibu dah tak boleh ubah apa-apa lagi...Cuma ibu mampu menjaga Ammar dan mengajar Ammar untuk berdikari...Ibu janji akan jaga Ammar sebaik mungkin sampai Ammar kenal siapa Ibu dan Ayah...sehingga Ammar kenal dunia ini...Maafkan Ibu Ammar...Ibu berdosa pada Ammar...Ibu doakan Ammar akan cepat mengerti apakah erti kehidupan ini...Maafkan ibu Ammar...Ibu akan sentiasa menanti saatnya Ammar akan pulih seperti biasa

Hati saya sentiasa disaluti rasa bersalah terhadap Ammar sehingga kini. Saya sangat berharap agar suatu hari nanti Ammar akan faham tentang kehidupan ini dan sedar tentang kewujudan ibunya ... Ya Allah ...besar sungguh dugaan buatku...Aku pasrah ya Allah...Jika ada yang mengalami masalah seperti saya cepatlah bertindak sebelum terlambat...Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian mengatasi anak lambat bercakap...Terima kasih kepada yang sudi baca cerita PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP (AMMAR)

Wassalam