Image

KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH

Bismillah...
Assalammualaikum duniaaaa....

Harini saya nak cerita bab makan sebab nak share benda yang simple je pasal KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH hehehe...semalam tak buat entri,so...harini kena dayakan diri buat sebab saya dah janji dengan diri sendiri untuk belajar blog dengan gigih...chewahhh...tapi sedih semalam terlepas sebab tak sempatttt...sob..sobbb...

Kebetulan tadi pergi kedai beli lauk dapat beli karipap frozen ni...Saya dah hampir 4 tahun pindah ke Johor dan 4 tahun juga lah saya tengok owner karipap frozen ni dok hantar karipap frozennya kat kedai ni...

KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH

Haaaa...ni gambar yang dah siap goreng..Menyelerakan sungguh...anak-anak saya suka sangat makan karipap ni. Karipap frozen ni dimiliki oleh Tini Frozen Food yang bertempat di Batu Pahat Johor. Kat label ada tulis nombor telefon kalau korang rasa nak buat tempahan korang boleh terus contact mereka

Karipap ni ada 4 jenis rasa iaitu karipap daging,ayam,sardin dan kentang...Semuanya saya dah makan dan seriously memang sedap. Satu plastik ada 12 pcs dan harga saya beli kat kedai tu RM4. Setakat harini daripada 4 tahun yang lepas saya berpuashati dengan rasa karipap ini. Sangat tidak mengecewakan

Inti karipap ni memang terbaik bagi saya. Sedap dan tidak terlalu pedas...Anak kecil boleh makan...Isi intinya banyak...Bila dah goreng kulit karipap tu rangup...sedap sangat makan masa panas-panas...Dan yang paling saya suka sangat bila goreng karipap ni tak resap minyak...

Korang mesti pernah makan karipap yang jenis berminyak kan??? Saya memang tolak tepi kalau karipap gini...Memang serius tak boleh nak telan...

Oleh kerana anak-anak saya suka makan karipap,saya memang beli untuk standby dalam peti sejuk senang nak goreng. Saya lebih suka makan karipap yang ini berbanding yang beli tepi jalan tu sebab tahap kebersihannya tak memuaskan hati saya

Walaupun saya tidak pasti juga pasal tahap kebersihan karipap yang frozen ni tetapi sekurang-kurangnya ia tidak terdedah dengan pencemaran lalat dan habuk jalan yang kita pun tak tahu berapa banyak dah bertempel kat karipap tersebut huhuhuhu...

Bukan saya cakap semua kedai tepi jalan ni kotor...bergantung kepada cara penjual itu display kuih muih mereka la...Saya memang cerewet bab ini...Maka alternatifnya adalah beli yang frozen dan saya sendiri yang goreng untuk anak-anak...nak buat sendiri tak reti...

KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH

Korang kalau nak try karipap ni korang boleh contact nombor telefon yang ada kat label tu eh...Itulah rupanya karipap frozen yang saya beli tadi...Sekali goreng habis 12pcs...Kejap je habis makan panas-panas masa berbuka tadi...

Oklahh...Kepada korang yang nak cari KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH boleh try Tini Frozen Food Batu Pahat punya karipap memang sangat recomended...Selamat bersahur korang untuk esok...Jumpa lagi next entri...babai...

Wassalam