CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Bismillah...
Assalammualaikum korang-korang semua...
Seperti yang saya pernah cakap before this saya nak kongsi tutorial CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017...Saya tak pasti adakah ini cara yang paling latest atau tidak tetapi saya rasa inilah cara yang paling mudah sekali...Saya topup paypal guna cara ni tak sampai satu minit pun dah settle masuk ke akaun paypal

Saya akan kongsi step by step caranya dan kalau korang tak faham @ tidak berjaya buat korang boleh tanya...Akaun paypal ni diperlukan untuk memudahkan sebarang transaksi duit di antara negara...Tapi kalau dalam malaysia pun korang boleh je guna takde masalah. Sebab saya perasan sekarang website e-commerce kebanyakkannya dah guna paypal untuk transaksi penjualan

Ada 9 step mudah yang korang perlu lalui dalam proses cara topup paypal ni...Kalau korang lepasi semua step ni bermakna topup korang berjaya. Saya share topup paypal RHB tau sebab setahu saya RHB bank sahaja yang ada buat servis topup untuk Paypal yang boleh direct tanpa guna credit card,debit card,visa,mastercard dan yang sewaktu dengannya...Setahu saya lahhh...Kalau ada yang lebih tahu boleh share kat komen sebab saya pun ingin nak tahu hehehe...

Sebenarnya ada 2 cara nak topup paypal ni. Pertama melalui akaun paypal. Maksudnya kita perlu login dahulu akaun paypal kita. Dan satu lagi kita topup secara manual daripada akaun bank RHB kita. Kali ni saya share cara yang pertama iaitu cara topup paypal ketika kita login akaun paypal

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 1 
Korang perlu login akaun paypal korang. Korang akan berada dihalaman seperti dalam gambar di atas. Korang perlu klik Topup(rujuk gambar)

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017
CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 2
Korang akan sampai kehalaman yang saya tulis step 2 dan korang perlu klik 'continue'

Step 3
Bila korang klik 'continue' akan keluar halaman seperti yang saya tulis step 3...Ini bermakna mereka sedang proses permintaan korang dan terus akan muncul halaman 'TOPUP TO YOUR PAYPAL ACCOUNT'...Disini korang perlu berhati-hati sebab korang perlu letak jumlah duit yang korang nak topup...Kalau korang nak topup guna USD boleh nak topup guna MYR pun boleh tapi please make sure korang tekan ' RECALCULATE' selepas korang isikan jumlah yang korang nak topup tu...Ini adalah wajib pasal kalau korang tak tekan korang memang tidak akan berjaya pergi ke step yang seterusnya. Lepas dah yakin dengan jumlah yang korang isikan kat situ korang boleh proceed

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 4
Selepas melepasi step 3 korang kan sampai ke halaman seperti yang saya letak step 4 tu...Korang perlu login akaun RHB korang

Step 5
Selepas korang klik login sahaja korang akan dibawa terus kehalaman seperti tertera step 5...Masa dah masuk ke akaun RHB dah takde dah proses isi jumlah duit...Kat akaun RHB cuma proses mengesahkan yang duit korang akan dipindahkan ke akaun paypal korang. Bahagian 'from account' tu pastikan tidak kurang daripada jumlah yang korang nak topup taw...nanti tak cukup pula duit nak topup paypal korang hehehe... Then you can proceed

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 6
Selepas klik proceed di step 5 korang akan tiba dihalaman step 6...Kat sini korang perlu isikan kod OTP yang korang akan dapat daripada RHB melalui sms. Lebih kurang TAC la...Kalau korang guna online banking mesti korang clear sangat perkataan TAC ni...tapi di RHB gunakan perkataan OTP ( one time password kalau tak silap maksudnya) Bila korang dah isikan OTP then boleh submit

Step 7
Once korang tekan submit di step 6 korang akan sampai kehalaman yang saya mark step 7. Korang boleh tengok kat bahagian status samaada dah berjaya atau tidak...Macam dalam gambar saya tu statusnya successful dan bahagian payment type tu tertera immediate bermakna terus masuk ke akaun paypal dah tu...Then korang klik button 'close'...

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 8
Korang akan sampai ke halaman step 8 selepas korang klik button close di step 7 tadi...Kemudian korang klik button 'continue' untuk check it out sama ada confirm ke duit yang korang topup tu dah berjaya masuk ke akaun paypal korang

Step 9
Tadaaaa....Heeee aku berjaya! aku berjaya!...Tengok pada transaksi tu ada tertera jumlah duit yang kita request topup tadi. Maka...dengan ini proses topup akaun paypal korang berjaya 100%

Yeayyyyy...Mudah kan korang...Lepas korang dah pandai buat nanti memang kejap je prosesnya...Tak sampai 1 minit dah siap...tak perlu nak beratur ambil nombor kikiki...Boleh faham tak langkah-langkah yang saya ajar tu??? huhuhuhu

Saya create paypal account ni sejak tahun 2009 sebab saya beli barang dari luar negara. Sehingga sekarang akaun ni masih aktif sebab sekarang saya menjual pula ke luar negara hehehe...itupun bukan selalupun guna paypal. Saya beli vitamin C pun dari UK sebelum ni sebab saya takut kalau beli dari pemborong sini saya dapat yang tak original huhuhu....

Korang yang belum ada akaun paypal bolehlah buka akaun paypal ni. Senang je....mana tau akan datang korang boleh berjual barang malaysia ke merata duni guna paypal...Kalau korang nak tahu guna paypal ni lebih selamat dan mudah berbanding cara lain....Dan yang paling bestnya kalau kita topup paypal duit terus masuk sepantas kilat...tak perlu nak tunggu lama dah....Tapi kalau nak withdraw je amik masa tapi dah tak lama dah macam dulu...Baru-baru ni saya withdraw 2 hari je terus masuk akaun...

Saya rasa itu sahaja perkongsian saya cara top up paypal account malaysia yang mungkin boleh membantu korang yang baru first time nak guna paypal...Saya harap perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat kepada semua dan korang dapat faham langkah-langkah cara topup paypal yang saya sediakan. Kalau korang tak faham korang boleh tanya,saya sedia membantu...Cukup setakat ini dahulu ya...next time saya akan share bagaimana pula nak hantar duit @ nak bayar melalui paypal secara manual...Jumpa lagi...Kalau ada kesilapan boleh beritahu saya untuk saya perbetulkan ya...

Wassalam

KRIM SIANG HOMEMADE

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini saya nak share dekat korang pasal Krim Siang Homemade pula ya...Dua hari lepas saya dah share pasal Krim Kunyit Homemade yang saya sendiri buat korang boleh baca sekali kalau korang tak baca lagi...

Ini adalah krim siang yang terbaik saya pernah cuba kerana ia adalah krim siang organik tanpa sebarang unsur yang berkaitan bahan kimia. Krim siang ini juga saya buat sendiri berasaskan madu,aloevera dan ,minyak zaitun.

Macam krim kunyit homemade saya juga menggunakan bau vanila,vitamin E dan whitening extract di dalam pembuatan krim siang saya ni

Buat pengetahuan korang krim yang saya buat ini adalah krim siang malam yang tidak berbahaya kepada kulit korang. In sya Allah jika korang gunakan tidak akan menimbulkan kesan sampingan dalam jangkamasa panjang kerana bahan yang saya gunakan adalah bahan asli yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit secara natural

KRIM SIANG HOMEMADE

Nampak tak korang??? Teksturnya sangat lembut dan cepat meresap...Kalau korang pakai kulit akan rasa sejuk dan lembut. Korang akan nampak muka macam glowing sebab kesan khas daripada olive oil....Saya dah pun cuba...

Olive oil tu akan meresap kedalam kulit dan akan menyedut lebihan minyak yang ada dipermukaan kulit kitaKrim muka homemade ni sesuai untuk semua jenis kulit...Kalau yang berkulit kering ia akan membantu melembabkan kulit korang...

KRIM SIANG HOMEMADE

Maaflah gambar tak berapa nak hado sebab masa saya ambil gambar ni guna handphone biasa je...so,macam ada bayang-bayang sikit sebab terlindung dek lampu...nampak macam gelap dikit gambat tu...Itulah gambaran krim siang organik saya

Umumnya kebanyakan orang tidak tahu bahawa penggunaan krim siang ini bukan sekadar untuk kelihatan cantik @ sekadar memenuhi syarat kebiasaan bagi seorang wanita memakai krim muka tetapi banyak manfaat yang perlu kita ambil tahu

Manfaat Krim Siang:
~ Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV di siang hari
~ Melembabkan wajah
~ Mencerahkan wajah 
~ Mengelakkan kulit terlalu kering dan terbakar yang akan mengakibatkan jeragat
~ Sebagai pelindung wajah kekotoran yang ada di luar sana(habuk dan debu)
~ Merawat wajah daripada kesan penuaan awal
~ Menegangkan wajah(bergantung pada bahan & kulit individu)

Sebelum saya terlupa...Krim siang homemade saya ni korang boleh sapukan juga pada kulit-kulit yang kering macam siku,lutut,tangan dan lain-lain tempat yang korang rasa sesuai...Kalau anak korang ada masalah kulit kerig korang boleh juga letak tiada masalah...Nak buat macam losyen pon boleh hehehe...

Cara penggunaaan Krim siang homemade
~ Cuci muka seperti biasa(lebih bagus guna yang organik)
~ Keringkan muka dan letak toner(kalau ada)
~ Calitkan krim muka diseluruh muka
~ Urut dengan lembut gerakkan ke atas(supaya cepat meresap kedalam kulit)
~ Siap!!! (korang akan rasa sejuk je muka heheehe)

Inilah salah satu kelebihan produk organik. Sepanjang saya mengamalkan produk organik saya belum pernah lagi rasa kulit kepanasan akibat menggunakan produk. Apapun yag saya gunakan diwajah saya rasa sangat selesa dan selamat. 

Ini membuktikan bahawa mengambil keputusan untuk bertukar kepada produk organik homemade adalah satu tindakan yang tepat pada pandangan saya

Fungsi Krim Siang :
~ Melembabkan muka
~ Mecerahkan muka
~ Menghilangkan kesan parut jerawat
~ Melindungi kulit wajah daripada punca jeragat
~ Merawat masalah muka yang rosak akibat salah pilih produk
~ Menegangkan wajah(ada madu)

Kesan menggunakan produk organik ni biasanya kan ambil masa yang lebih panjang berbanding produk yang ada chemical. Kalau orang yang jenis tidak sabar memang tak sesuailah untuk guna produk organik ni...

Tapi bagi saya biarlah ambil masa yang panjang,apa yang penting produk yang saya gunakan tidak memberi kesan sampingan pada saya dimasa akan datang

Sejak akhir-akhir ni ramai yang datang kepada saya untuk cuba guna produk organik zm beauty sebab dah mula takut dengan produk bukan organik...Alhamdulillah...sikit-sikt orang mula sedar perlu back to normal pakai bahan semulajadi..It's not about money tapi ini soal keselamatan...Tepuk dada tanya hati sendiri...Pilihan ada di tangan uollllsss sendiri hokeyy

KRIM SIANG HOMEMADE

KRIM SIANG HOMEMADE

Ni salah seorang customer saya yang kecewa dengan skincare diluar sana...Banyak dah dia cuba semuanya cantik sekejap...dia tak boleh nak maintain...Persoalannya perlukah maintain untuk terus cantik??? Kalau stop muka akan jadi teruk...Ini yang kita tak nak...Think positif,mungkin dia masih lagi jumpa produk yang serasi dengan kulitnya...Wallahualam

Pesanan saya yang terakhir tetang produk,krim muka homemade ni tiada KKM @ Halal ya...saya tak layak untuk apply sebab saya buat kecik-keik je. Bila ada orang order baru saya buat...tak kiralah korang order sikit @banyak saya tetap akan buatkan selepas dapat payment order korang sebab saya taknak simpan stok...Nanti jangan meroyan pula kat saya tanya awat takde KKM @ Halal

Begitulah serba sedikit krim siang review saya kali ni...Jika ada kesilapan @ kekasaran ketika melontarkan pendapat maafkan saya...Saya cuba beri penjelasan yang terbaik...Terima kasih sudi singgah disini...Jumpa lagi

Wassalam

KRIM KUNYIT HOMEMADE

Bismillah dan Assalammualaikum sahabat semua...Dah nak akhir-akhir ramadhan ni macam terlebih sibuk sampai tiada masa nak meninggalkan cetusan minda disini tapi harini ada sedikit kesempatan untuk saya cerita tentang Krim Kunyit Homemade. Kalau yang dah kenal saya akan tahu saya adalah seorang yang suka buat produk kecantikan organik sendiri untuk saya guna sendiri dan ada juga saya jual pada kawan-kawan dan follower. Dan jika diterima pakai saya akan open untuk buat jenama sendiri bagi mereka yang nak cari duit sampingan....Amacam???? Best tak?

Pagi tadi saya sempat memproses satu krim kunyit buatan sendiri untuk saya guna sendiri dahulu. Lepas raya ni saya akan edarkan sample kepada mereka yang berminat nak cuba. Saya adalah pembuat produk muka yang tiada bahan kimia sebab saya memang alah dengan produk yang mempunyai chemical

KRIM KUNYIT HOMEMADE

Tadaaaaa....Haaaa...inilah hasil nurkilan saya pagi tadi...Krim kunyit untuk muka. Saya syorkan untuk guna krim ni pada waktu malam sebab ia akan membantu merawat masalah yang terdapat pada wajah korang ketika korang sedang tidur. Saya akan cuba sendiri krim kunyit organik ini untuk memastikan krim ni boleh digunapakai dengan selamat

Sebenarnya saya buat 2 jenis krim tau untuk pakai siang dan malam tapi saya nak review satu dulu hehehehe...sebab takut berkecamuk...saya ni dah la blogger yang baru...tak berapa pandai sangat nak menyusun kata-kata

Korang perasan tak mana-mana produk kecantikan semuanya ada krim kunyit...Sebenarnya krim kunyit ni sangat bagus untuk merawat masalah muka seperti jerawat,jeragat,kulit kusam,sunburn dan macam-macam lagi. Jom kita baca 9 Manfaat Kunyit Yang Perlu diketahui

Krim kunyit homemade yang saya hasilkan ini adalah 100% organik tanpa bahan kimia. Gambaran yang boleh saya beritahu korang bila guna krim kunyit ni korang akan rasa sejuk je muka. Sebelum tidur korang apply krim kunyit ni dan terus tidur. 

Korang tidak akan rasa panas atau berpeluh-peluh seperti certain krim kunyit yang berada dipasaran. Bila bangun pagi kulit korang akan rasa sangat soft dan tidak berminyak. Ini pengalaman saya la...tak tahulah kalau korang yang jenis kulit tidak sama macam saya...dan saya rasa krim kunyit adalah yang paling bagus untuk dijadikan krim malam

Manfaat krim kunyit :
~ Krim kunyit hilangkan jerawat
~ Krim kunyit kecutkan jerawat
~ Krim kunyit selamat digunakan(organik)
~ Krim kunyit hilangkan parut
~ Krim kunyit hilangkan kulit kusam
~ Krim kunyit melembutkan kulit
~ Krim kunyit melembabkan kulit
~ Krim kunyit sebagai agen antibakteria
~ Krim kunyit merawat masalah kulit muka dengan cepat
~ Krim kunyit mencerahkan kulit wajah

Sebenarnya banyak lagi manfaat krim kunyit yang boleh dirungkai tetapi saya rasa cukuplah saya ambil yang penting-penting sahaja untuk krim kunyit review saya kali ini. Pendek kata krim kunyit organik adalah krim kunyit terbaik yang pernah saya cuba...Bukan saya asuk bakul angkat sendiri tetapi ini adalah kelemahan saya...saya tidak boleh pakai produk yang ada dipasaran...mungkin belum jumpa lagi yang serasi...sebab itulah saya berusaha keras untuk buat sendiri apa yang saya nak pakai...

KRIM KUNYIT HOMEMADE

Takpelah...saya belanja satu gambar krim yang saya buat sekali dengan krim kunyit pagi tadi...Tapi review tentang krim lagi satu ni saya akan buat kemudian...Apa yang penting saya dah berjaya buat krim siang dan krim malam untuk wajah saya hehehehe...Patut ke kakak ipar saya tanya krim kunyit ke krim jagung....rasa nak makan je...huhuhu...sabar jela saya...

Lupa nak bagitahu korang,saya pilih vanila sebagai bau krim muka homemade saya...Bila pakai rasa sangat tenang dan best sangat...hehehe...(over kannnn..)Dan...kunyit yang saya gunakan bukan kunyit untuk masak tu taw...saya guna kunyit asli...memang akan rasa keasliannya bila korang pakai...Dalam krim ni saya campurkan whitening extract,vitamin E dan minyak zaitun bagi membantu memudarkan parut dengan lebih cepat

Kalau korang nak tahu saya menulis entri ni ditengah-tengah bazar. Orang sibuk membeli belah...saya sibuk tulis entri hahahaha...Bukan apa saya tak cukup masa sebenarnya...siang sibuk handle anak-anak...malampun sibuk juga...huhuhu...Di celah kesibukan sempat saya mencuri masa untuk entri ini....Alhamdulillah

KRIM KUNYIT HOMEMADE

Begitulah ceritanya tentang krim kunyit malaysia ciptaan saya harini...Cukuplah setakat ini saya bersyarah...Kalau korang berminat nak mencuba krim saya ni korang boleh direct whatsapp saya taw...Jangan malu jangan segan....saya tak garang hehehehe...Terima kasih singgah sini dan jumpa lagi next story....Selamat menjalani ibadah puasa dihujung-hujung waktu hehehe...tak lama lagi dah nak raya ni...

Wassalam

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang paypal kepada mereka yang masih belum tahu sebagai panduan kita semua. Kebetulan pagi tadi saya terima bayaran dari customer melalui akaun paypal maka saya berpeluang untuk berkongsi tutorial cara withdraw paypal ke bank malaysia

Ada tak yang masih belum buka akaun paypal ke kat sini?...Hehehehe...Yela kan...saya nak cerita pasal paypal mestilah orang yang sedang baca artikel saya ni orang yang dah ada akaun paypalkan...huhuhu...saje tanya manalah tahu ada yang baru-baru nak cari ilmu pasal paypal...

Sebenarnya semua orang memang sangat digalakkan membuat akaun paypal kerana akaun paypal ni boleh digunakan untuk shopping online dari luar negera taw...hehee... Kalaupun korang tak shopping dari luar negera korang boleh terima bayaran juga dari luar negara melalui paypal....Saya rasa paypal adalah cara nak transfer duit international yang selamat 

Lagipun buka akaun paypal percuma tanpa apa-apa bayaran...Cuma perlu ada email...Dan yang bestnya akaun paypal tidak guna nombor akaun...So korang tak perlu risau kalau lupa nombor akaun...korang hanya perlu ingat alamat email masa korang daftar paypal dan pasword je...Saya rasa ini adalah kelebihan akaun paypal yang sangat mudah digunakan...

Paypal withdraw review kali ni saya akan kongsi cara withdraw paypal ke Maybank ...In Sya Allah lain kali saya akan kongsi cara nak topup pula ya...Jom ikuti step yang saya sediakan

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Gambar ni menujukkan duit diterima daripada customer dalam matawang ringgit malaysia. Kalau korang nak withdraw duit tu korang perlu klik button withdraw funds dibawah bahagian kiri( bawah currencies)

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Selepas korang klik button withdraw funds korang akan dibawa kehalaman seperti dalam gambar di atas. Korang pilih akaun bank mana yang korang nak guna untuk withdraw okey...Macam saya setting dua akaun so saya pilih maybank untuk withdraw...

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Bila korang dah pilih akaun bank untuk proses withdraw korang akan sampai kehalaman macam dalam gambar ni...Tibalah masanya korang request nak withdraw banyak mana. Pagi tadi saya withdraw RM200 dan dikenakan fee sebanyak RM3...Maknanya saya akan terima duit sebanyak RM197 sahaja...Lepas korang isi jumlah yang korang nak withdraw korang terus klik button continue...

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Tadaaaaa...Congratulations bebehh korang dah pun berjaya melalui proses withdraw dari paypal ke maybank...Clap clap clappp....withdraw paypal tanpa verifikasi semudah 123 kan...saya withdraw sekejap je dah settle...Maksud settle tu adalah settle proses request withdraw je...Duit yang korang withdraw tu akan settle masuk ke akaun bank korang selepas 2-3 hari berkerja hokeyyyy...Bawa bersabar hehehehe(pesanan untuk diri sendiri)

Settle ni korang boleh terus log out...Tapi kalau nak pastikan betul ke duit tu dah transfer korang boleh klik button Go to wallet untuk check it out...hehehe

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Haaaa korang nampak tak kat summary tu yang tunjuk duit baki dah berubah dan ada transaksi sebanyak RM197 tapi masih pending...Dia dah siap-siap tolak fee letewww...hehehe...Bersabar lah hati tunggu 2-3 hari ni kan...boleh buat belanja raya nanti ek......

Begitulah berakhirnya episod cara withdraw paypal ke bank malaysia. Saya rasa ini cara yang paling latest sebab tak banyak step yang susah untuk diikuti...Sangat mudah berbanding sebelum ini...Korang cubalah ye...kalau tak faham boleh tanya kat bawah saya tolong jelaskan ye...Minta maaf sangat dengan kualiti gambar sebab saya edit guna excell je...Terima kasih sudi singgah disini ...See you again bebehh...

Wassalam

LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Korang mesti pernah dengar lagu sumayyah...Ada tak yang bila dengar lagu ni nak ulang-ulang banyak kali???Kalau ada yang macamtu meh sepp dengan saya sebab saya pun macamtu sampai naik lancar dah LIRIK LAGU NASYID SUMAYYAH HIJJAZ...Dari zaman anak dara sampai dah beranak pinak masih lagi jadikan lagu Sumayyah sebagai sumber inspirasi hidup saya


LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ

Lagu Sumayyah ni menceritakan kisah ketabahan seorang wanita yang dianggap wanita terbaik sebaik manusia kerana rela nyawanya diambil demi mempertahankan agama Allah...Betapa mulianya hati Sumayyah tak tergambar dengan kata-kata. Setiap kali dengar LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ mesti terasa meremang bulu roma dan menitis airmata dek terlalu menghayati kehebatan wanita bernama Sumayyah

Sementara saya nak sambung cerita jom kita layan LIRIK LAGU NASYID SUMAYYAH HIJJAZ ni...

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

(Chorus)
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah


Bila korang baca lirik ni korang hayati dengan sepenuhnya maksud yang tersurat dan tersirat dalam LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ ni sure akan membuat hati meruntun...rasa nak nangis dan bangga sebab seorang wanita yang menjadi hebat semata-mata kerana ketaatan kepada Allah...Tiada kata-kata hebat yang boleh diberikan kepadanya...hanya Allah yang layak memberi ganjaran syurga untuk selama-lamanya buat Sumayyah

Saya ingat lagi masa malam pertama konsert Gema Gegar Vaganza kumpulan Hijjaz mengalunkan LAGU SUMAYYAH...Masa tu saya tengok live depan TV taw(hehehe...depan tv je pon)...berjurai-jurai airmata...tak tahu kenapa rasa terkesan sangat dalam diri ni...Saya ingat saya sorang je fefeeling gitu...penonton yang tengok live pon terkedu...Yang paling tersentuh juri tetap GGV tu sendiri iaitu Oki Setiana Dewi sebak mendengar kisah Sumayyah sehingga mengalirkan airmata

Siapa yang tak kenal Sumayyah? Dalam pendidikan islam disekolah pun ada dimasukkan tajuk Sumayyah sebagai srikandi islam yang mempertahankan agama Allah...Sebenarnya cerita Sumayyah nampak agak simple tetapi maksudnya pengorbanan itu mampu memberi pengajaran dan semangat

Apa-apapun dari dulu hingga kini saya menjadikan Sumayyah sebagai idola saya yang mampu membakar semangat walaupun ceritanya tinggal sejarah tetapi namanya tetap diingati dan semangatnya menjadi tauladan. Jom layan lagu ni...

Oklah ini sahaja perkongsian video dan lirik lagu Sumayyah yang menjadi lagu yang paling saya suka...Terima kasih sudi singgah disini dan jumpa lagi ya...Nak layan lagu ni jap hehehe

Wassalam

BUTIK PAKAIAN DI SERI KEMBANGAN

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah masih bernafas lagi saya untuk melakar cerita disini...Hari ke-20 puasa makin terasa kehangatan syawal...Semua sibuk cari keperluan keluarga dihari raya...Kali ni saya nak share tentang satu BUTIK PAKAIAN DI SERI KEMBANGAN kepunyaan sahabat saya...Butik ni baru je buka lebih kurang dalam 6 bulan gitu...

BUTIK PAKAIAN DI SERI KEMBANGAN

Comey noh modelnya dok peraga pakaian kanak-kanak...Model pakaian besar takde ke??? heeeee

BUTIK PAKAIAN DI SERI KEMBANGAN

Kawan saya ni jual pakaian wanita dan lelaki...Kalau korang tinggal berdekatan dengan kawasan sana boleh la singgah window shopping dan kalau ada yang berkenan boleh la grab sekali...Kat sini ada jual macam-macam lagi..Pakaian kanak-kanak untuk raya pun ada. Selain tu dia ada jual emas korea 24k (dibuka utk borong dan runcit)...Bagi mereka yang memang suka pakai emas korea boleh dapatkan di butik ini...nanti saya akan bagi alamat butik untuk senang korang nak terjah ya

BUTIK PAKAIAN DI SERI KEMBANGAN

Kalau korang nak tahu butik ni bukan sekadar butik pakaian je taw...Selain pakaian dia ada jual tudung trend terkini,produk kesihatan dan yang paling best ada jual produk spa yang korang boleh beli borong...Dengar cerita tak lama lagi mungkin akan dibuka spa juga disana...

Tapi masih belum ada kata putus...dan yang pasti dia akan buat mobile spa...bolehla orang-orang seri kembangan manjakan diri berspa dengan tokey butik ni kannn...hehehe...Untuk kepastian tentang servis spa boleh terus tanya kat owner butik ni eh...

BUTIK PAKAIAN DI SERI KEMBANGAN

Korang boleh juga usya2 baju kat IG dia taw...Kat sana dia selalu update stok yang ready kat kedai...Dannn...kalau korang duk jauh pun takde masalah...dia ada buat servis pos kepada yang nak beli...Tapi satu malaysia jela yang saya tahu...luar negara korang kena tanya tokey butik tu sendiri hehehe...

Jom korang semua kita pakat serbu BUTIK PAKAIAN DI SERI KEMBANGAN ni..Mana tau tengah ada sale sekarang ni...Yelaaa...dah dekat-dekat nak raya mesti sale kaw-kaw punya kan...Saya tinggalkan detail untuk korang pergi tinjau-tinjau eh...

                      FB : Azlia Sallehhudin (nurmia collection)
FB PAGES : Nurmia Collection
INSTAGRAM : nurmia_collection
ALAMAT KEDAI
No 27G (3310)
Jalan 18/34
Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

So korang kalau duduk area sana lalu lalang kat butik ni jemputlah masuk...Mana taw ada benda yang korang dok melilau cari tapi tiada kat tempat lain tapi ada kat butik ni...kannnn...jeng jeng jeng....hahahaa...Rasanya itu je kot info yang saya nak share kat korang pasal BUTIK PAKAIAN DI SERI KEMBANGAN...Terima kasih pada yang sudi singgah...See you soon...

Wassalam

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini adalah hari ke-18 semua umat islam sedunia berpuasa. Bermacam dugaan yang dilalui dan dugaan yang paling besar adalah menahan lapar dan dahaga....Harini saya nak kongsi cara agar tahan puasa ketika di bulan ramadhan

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Biasanya orang perempuan akan meletakkan satu target puasa sambil diet. Sebab  nanti di pagi raya nak pakai baju cantik mestilah nak nampak langsing dan bergaya kan...so bolehlah gunakan puasa ni sebagai salah satu tips puasa sambil diet...hahahaha...harap-harap berjayalah diet kita kan...

Tips yang saya nak kongsikan harini adalah cara saya sendiri guna sepanjang ramadhan sebab saya ada masalah gastrik. Tetapi setelah saya apply tips ni alhamdulillah saya tiada masalah gastrik sepanjang saya menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Inilah menu wajib saya minum selepas ambil hidangan sahur saya. Minuman ini mampu membuatkan saya rasa kenyang sepanjang hari ketika berpuasa. Selain itu ia membantu saya mengelak dari diserang gastrik yang menghantui saya setiap kali bulan puasa

Tadi saya ada terbaca satu artikel tentang cara elakkan rasa haus ketika berpuasa. Bagi elakkan rasa haus @ kering ketika berpuasa kita perlu elakkan makanan yang masin ketika bersahur kerana garam yang berlebihan akan mengeringkan badan kita yang akan mengakibatkan kita cepat rasa haus. Makanan yang sesuai kita ambil ketika bersahur adalah dari jenis kekacang,oat,kurma,sayur,buah dan benda yang manis

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Saya nak share resepi ringkas minuman wajib saya ni untuk korang cuba...In Sya Allah korang akan lebih bertenaga untuk mengharungi ibadah puasa korang.Tiga bahan sahaja yang saya gunakan iaitu Oatmeal,kurma dan air panas...Cara-caranya ambil 5@7 biji kurma dibuang biji masukkan kedalam cawan dan letakkan air panas...Hancurkan kurma sedikit menggunakan sudu dan letak oatmeal sebanyak 4 sudu( terpulang pada korang nak letak lebih@kurang ) Kacau sehingga sebati dan boleh terus minum

Resepi yang saya bagi ni korang tak perlu dah nak tambah susu@gula sebab memang dah lengkap dah rasa manisnya yang original dari kurma. Hidangan ini juga terselit diet yang bagus untuk kesihatan sebab oatmeal ni bagus untuk membuang kolestrol dalam darah disamping memelihara kesihatan jantung kita

Kurma yang dalam gambar ni memang kurma pilihan saya yang terbaik sebab belum pernah jumpa isi yang tidak elok lagi seperti yang orang ramai viral kurma busuk tu...Saya yakin je nak terus makan tanpa kopek dulu...rasanyapun sedap dan lembut walaupun harganya agak mahal...hehehe

Tips menahan lapar ketika puasa ni bukan khas untuk bulan puasa je tau...Kalau bukan bulan puasa pun korang boleh gunakan cara ini untuk diet...Korang jadikan menu ini sebagai hidangan pertama setiap hari selepas korang subuh...

Dan yang bestnya korang boleh jadikan resepi ini sebagai menu utama korang...Maksudnya kalau korang memang tengah nak diet kaw-kaw tu korang tak perlu makan pil kurus...korang ambil menu ni sebagai pengganti makanan utama korang...In Sya Allah korang akan dapat hasilnya...

Begitulah sedikit tips tahan lapar dibulan puasa yang saya gunakan sejak 1 ramadhan sehingga harini dan ia menjadi dengan saya. Saya tiada rasa kering dan lembik sepanjang hari. Kepada ibu-ibu yang ada masalah merekrut anak untuk berpuasa boleh try tips ni kepada anak-anak supaya mereka lebih bertenaga untuk kesekolah masa bulan puasa ni. Terima kasih sudi baca artikel saya...Jumpa lagi next entri...

" SEMOGA PUASA KITA DITERIMA ALLAH"

Wassalam

PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP

Bismillah...
Assalammualaikum semua...harini agak lewat saya buka blog untuk story mory sebab tak berapa sihat akhir-akhir ni...Cuaca panas sangat lebih-lebih bulan puasa buatkan migrain saya selalu berdamping...Harini saya nak cerita pasal bila anak lambat bercakap yang benar-benar dialami oleh saya sendiri...Ikuti cerita pahit getir BILA ANAK LAMBAT BERCAKAP

Saya punya anak yang lambat bercakap walaupun usianya sudah menginjak 6 tahun tetapi masih belum dapat membuat ayat...Perkataan yang dia tahu pun tidak banyak...Tetapi setakat hari ini dia dah kenali semua anggota badannya....Alhamdulillahhh...berkat kami suami isteri yang tak pernah jemu mengajar walaupun acapkali tidak diendahkan

PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP

Sebelum ni saya pernah ceritakan tentang anak saya ni...Namanya Ammar...Ammar ada masalah lambat bercakap. Saya mula sedar Ammar tidak bercakap sejak umurnya 2tahun tetapi saya anggap itu adalah normal sebab ada yang cakap anak lelaki lambat bercakap...So saya anggap ini adalah perkara biasa dan saya cuma menunggu saatnya Ammar mula bercakap

Tunggu punya tunggu saya kecewa sebab saban tahun Ammar masih tidak tunjukkan minat untuk bercakap walaupun kami bercakap dengannya. Kami bercakap dengannya seolah-olah mencurah air ke daun keladi...Ammar langsung tidak peduli dengan kami...Ammar buat hal dia je...sedih sangat...Kami mula risau sebab anak lambat bercakap



TANDA ANAK LAMBAT BERCAKAP
Kepada ibu bapa diluar sana saya nasihatkan supaya ambil lebih perhatian kepada anak-anak ketika mereka sampai di stage mula bercakap kerana ini adalah saat yang paling penting untuk kesan anak lambat bercakap. Seeloknya kita dapat kesan dari awal supaya kita dapat cari cara mengatasi masalah anak lambat bercakap. Tips untuk mengesan anak lambar bercakap mudah sahaja bila sampai tahap masa sepatutnya seorang kanak-kanak bercakap sedangkan anak kita masih tidak bercakap kita perlu lakukan sesuatu seperti mendapatkan nasihat doktor dan sebagainya

CIRI-CIRI ANAK LAMBAT BERCAKAP
Mengikut pengalaman saya anak yang lambat bercakap akan kurang menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan sesiapapun termasuk ibubapanya sendiri. Apabila kita bercakap dengannya mereka tidak fokus atau langsung tidak pandang ke arah orang yang bercakap. Lagi satu mereka tiada minat untuk berkawan dengan sesiapa walaupun dengan adik beradik sendiri. Mereka lebih suka menyendiri

PUNCA ANAK LAMBAT BERCAKAP
Bagi pendapat saya antara penyebabnya anak lambat bercakap ada kemungkinan disebabkan kita kurang berinteraksi dengannya sejak kecil. Mengikut pengalaman saya,ketika Ammar kecil saya jarang berinteraksi dengannya atas sebab berkerja....Saya tak punya masa dengannya...Hidupnya lebih banyak dihabiskan dengan pengasuh yang menjaga bayi lain juga ketika itu. Ketika Ammar berumur 20bulan saya berhenti kerja dan baru saya sedar yang saya dah terlepas sesuatu yang berharga iaitu kominikasi yang perlu saya terapkan padanya sejak dia bayi...Untuk pengetahuan semua...komunikasi dengan bayi seawal ketika dalam perut sangat penting untuk perkembangan otak bayi tersebut. 

MENANGANI ANAK LAMBAT BERCAKAP
Sekiranya ibubapa diluar sana perasan anak lambat bercakap boleh segera bawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan. Mereka akan buat siasatan dahulu sebelum dirujuk kepada pakar sekiranya anak tersebut perlukan rawatan. Sebagai ibu bapa kita harus peka dengan perkembangan anak dan ambil tahu kenapa anak lamabt bercakap. Kita perlu mengikuti beberapa prosedur untuk mendapatkan rawatan untuk anak lambat bercakap

PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP

Surat buat Ammar daripada JKM untuk ambil kad OKU dah sampai...Oleh kerana kegagalan saya memberi perhatian kepada anak semasa Ammar kecil membuatkan saya menerima padahnya. Saya redha dengan ketentuan Ilahi...Ini akan menjadi pengajaran untuk saya

Saya menyeru kepada semua ibubapa diluar sana jangan mengambil enteng dengan perkembangan anak-anak kita. Nampak seperti perkara kecil sahaja tetapi bakal memberi kesan yang besar jika kita sendiri tidak ambil serius dengan perkara ini. Buangkan rasa malu punya anak istimewa kerana bagi saya itu adalah satu anugerah ALLAH  yang tidak ternilai

Saya mengaku saya kurang berkomunikasi dengan Ammar sejak dia bayi sebab saya terlalu pentingkan kerja...Bukan maksudnya saya tak pentingkan Ammar tetapi masa saya lebih kepada kerja kerana saya dianggap penting ditempat kerja suatu masa dahulu sehinggalah saya terpaksa berhenti kerja kerana berpindah...

Bila saya dah tak kerja dan hadap Ammar 24 jam baru saya sedar apa yang saya lakukan sebelum ini adalah salah..Tetapi masa tak dapat nak ubah...semuanya salah saya...sayalah punca anak lambat bercakap...Ya Allah...sedihnya hati...Ammar terpaksa harungi semua ini sebab kecuaian kami

Sekarang Ammar masih dapatkan rawatan untuk anak lambat bercakap di klinik kesihatan dan hospital. Ammar dah pun mulakan sesi persekolahan di sekolah pendidikan khas supaya dia lebih dapat perhatian dan bimbingan yang sepatutnya daripada guru yang terlatih mendidik anak istimewa sepertinya

Maafkan ibu Ammar sebab telah gagal untuk menjaga Ammar ketika Ammar perlukan ibu dulu...Ibu mengaku ibu yang salah...Ibu sibuk dengan kerja...Pagi pergi kerja Ammar tidur lagi ...Malam ibu balik Ammar dah pun tidur...Butanya ibu masa tu...Ibu lupa diri semata-mata kerana kerja...ibu lupa yang Ammar perlukan ibu..Tapi sekarang semuanya dah terlambat...ibu dah tak boleh ubah apa-apa lagi...Cuma ibu mampu menjaga Ammar dan mengajar Ammar untuk berdikari...Ibu janji akan jaga Ammar sebaik mungkin sampai Ammar kenal siapa Ibu dan Ayah...sehingga Ammar kenal dunia ini...Maafkan Ibu Ammar...Ibu berdosa pada Ammar...Ibu doakan Ammar akan cepat mengerti apakah erti kehidupan ini...Maafkan ibu Ammar...Ibu akan sentiasa menanti saatnya Ammar akan pulih seperti biasa

Hati saya sentiasa disaluti rasa bersalah terhadap Ammar sehingga kini. Saya sangat berharap agar suatu hari nanti Ammar akan faham tentang kehidupan ini dan sedar tentang kewujudan ibunya ... Ya Allah ...besar sungguh dugaan buatku...Aku pasrah ya Allah...Jika ada yang mengalami masalah seperti saya cepatlah bertindak sebelum terlambat...Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian mengatasi anak lambat bercakap...Terima kasih kepada yang sudi baca cerita PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP (AMMAR)

Wassalam