Image

TONER DAN SERUM ORGANIK HOMEMADE UNTUK R&D

Bismillah...
Assalamualaikum sahabat semua...
Salam Jumaat penuh barakah...penghulu segala hari...Diharapkan para sahabat sentiasa dipayungi rahmat Ilahi dan berjaya dunia dan akhirat. Pagi ni sempat saya luangkan sedikit masa untuk memproses Toner organik dan Serum organik homemade untuk percubaan sebelum dibuka untuk branding. 

Sebenarnya toner dan serum organik ni ada permintaan dari customer sebab tu saya buat. Seperti biasa saya akan buat produk menggunakan bahan-bahan organik ya...tiada sebarang bahan kimia yang terkandung dalam toner dan serum yang saya hasilkan. Kesan sampingan dan kesan positif penggunaan belum dapat saya komen lagi sebab baru buat kan hehehe...Saya akan testing dulu baru boleh dijual...Artikel ni sekadar nak cerita yang saya dah pun mula buat R&D...So...lepas ni jika keputusan menunjukkan positif saya akan beritahu dan akan buka untuk dijual @ branding jenama sendiri

TONER DAN SERUM ORGANIK HOMEMADE UNTUK R&D

Botol ni je yang saya jumpa dalam simpanan...so layan jela guna botol ni...boleh tahan lama sikit sebab banyak kan hehehe...Yang botol besar tu adalah serum organik dan yang lagi satu adalah toner organik...Dua produk ni sesuai digunakan oleh mereka yang suka penjagaan muka organik dan ringkas. Macam saya,saya memang jenis malas nak belek muka kat cermin lama-lama so memang sangat sesuai la dengan jiwa saya

Toner boleh digunakan sebelah siang. Sebelum korang guna krim siang boleh sembur toner ni dulu. Toner ni saya pilih untuk packing dalam botol yang jenis mist sebab bagi saya lebih memudahkan kita nak spray...risiko tumpah pun dapat dikurangkan...Tak payah susah-susah korang nak pakai kapas nak tonyoh kat muka...nanti sel kulit korang pun boleh keronyok kalau asyik kena gosok dek kapas tu huhuhuhu...Inilah yang dinamakan natural..tak perlu tonyoh-tonyoh...biar ia berlaku secara natural

Toner ni sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Tak kira kulit korang jenis kering atau berminyak boleh pakai sebab toner ni dihasilkan daripada air mawar asli dan gliserin. Bila korang pakai toner ni akan rasa sangat segar dan kulit korang akan rasa lembab. Air mawar ni semua orang pun tahu banyak khasiatnya. Antara khasiat air mawar yang saya ingat boleh mencerahkan kulit,menghilangkan kesan jerawat,melembabkan kulit,menyegarkan kulit,menegangkan kulit,merawat kulit sensitif,awet muda dan banyak lagi. 

Gliserin juga tidak kurang hebatnya kerana banyak manfaat yang kita boleh dapat dari penggunaan gliserin. Antaranya...gliserim berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati,melembabkan kulit...membuat muka kelihatan bercahaya dan awet muda. Selain itu gliserin membantu melembutkan kulit yang kasar,menghilangkan kesan jerawat,mencerahkan kulit dan memberi perlindungan daripada sinaran matahari. Saya sarankan toner ni pakai waktu siang @ setiap kali lepas cuci muka. 

Serum juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Bahan yang saya gunakan juga adalah 100% organik iaitu Air mawar,gliserin,minyak zaitun dan aloevera. Segala bahan yang saya campurkan untuk mengadun serum organik ini adalah yang terbaik untuk kulit korang. Semua bahan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri untuk perawatan kecantikan yang semulajadi. Serum ini boleh dipakai sebelum tidur. Sebelum korang masuk tidur ambil serum ni sapu kat muka dan urut selama seminit bagi semua meresap. Kenapa serum digalakkan untuk dipakai pada waktu malam sebelum tidur adalah supaya serum boleh bertindakbalas dengan kulit wajah ketika kita sedang tidur (rileks)

Haaa...lupa saya nak bagitahu...toner organik dan serum organik yang saya buat ni langsung tidak dicampurkan dengan essential oil atau pewangi...sebab takut ada yang tidak serasi...so,saya biarkan yang natural sahaja berada dalam produk saya. Kalau korang perasan saya ni jenis tak suka buat produk campur bahan bayak-banyak sebab kalau letak bahan terlalu banyak akan buat kulit korang konfius nak bertindakbals. Kita pilih bahan yang terbaik untuk dapat kesan yang optimum...Boleh faham tak??? hehehe...

Mulai harini saya akan menjadi bahan ujikaji TONER DAN SERUM ORGANIK HOMEMADE UNTUK R&D. Hehehe...kebetulan Alovera facemist saya dah habis terus sambung yang ni pula...tak perlu nak rehatkan muka pun sebab produk organik kan...tidak akan menjejaskan kulit muka...tiada kesan sampingan dan semestinya bebas daripada bahan kimia...Harap-harap menjadilah R&D saya ni.

Terima kasih kepada yang sudi baca review saya. Terima kasih juga pada yang request toner organik dan serum organik ni...Saya akan update hasilnya nanti ya...I'm organik lover...Saya bangga guna produk organik homemade hehehe...wallaaaa...Jumpa lagi next entri

Wassalam