Image

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Bismillah....
Assalammualaikum...
Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk mencoret lagi disini. Korang apa khabar? Dah lunch ke? Harini saya jalani kehidupan seperti biasa. Tapi petang sikit nanti ada projek nak buat hehehe...Ada customer order inai rambut untuk jenama sendiri...So,lepas zuhur ni boleh lah saya start packing sebab esok nak pos...

Kali ni saya nak cerita pasal TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH ni kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Harini saya nak fokus kepada masalah tumit kaki merekah. Walaupun sesetengah orang menganggap masalah ini tidak terlalu penting untuk diperkatakan tetapi saya sekadar ingin berkongsi penyelesaian kepada masalah ini

Saya adalah seorang surirumah...saya juga ada masalah tumit kaki merekah. Apa yag bakal saya kongsikan ini adalah hasil percubaan saya sendiri dan tiada kaitan langsung dengan orang lain juga tiada niat untuk memanipulasi dengan tujuan mendapatkan sale. Tiada unsur-unsur penipuan dalam gambar...gambar yang saya paparkan adalah telus tanpa di edit @ menggunakan aplikasi canggih sebab saya guna handphone cokia je untuk ambil gambar ni huhuhu...

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Gambar diatas merujuk kepada perkara yang saya nak fokus harini iaitu tumit merekah. Korang perhatikan gambar sebelum tu kaki memang sangat teruk rekahannya dan gambar selepas sudah kurang rekahannya. Saya tak cakap guna sekali boleh terus hilang semua ya...Penggunaan kali pertama akan membuang kulit-kulit keras yang mengakibatkan tumit korang nampak sangat teruk rekahannya

Masalah di atas saya settle hanya menggunakan scrub kopi dan penonyoh tumit untuk menghilangkan kesan rekahan buruk yang boleh mencacatkan penampilan seseorang. OK...saya faham...kaki letaknya dibawah...boleh cover dengan kasut...tapi bagi saya ia adalah perkara yang perlu juga dipelihara...takdelah nanti nak tidur pun tersangkut-sangkut tumit kasar kat selimut kannn...hehehe

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Ok. Gambar kat atas ni pula saya tunjuk cara merawat tumit kaki yang merekah teruk itu dengan bantuan scrub kopi dan penonyoh tumit yang akan saya beri percuma dengan setiap pembelian scrub saya. Tapi ingin di ingatkan bahawa stok penonyoh kaki adalah terhad kepada 20 orang pertama sahaja sebab stok dah nak habis hehehe...

CARA-CARA MERAWAT TUMIT MEREKAH DENGAN SCRUB KOPI
Sebenarnya cukup mudah saya nak settlekan masalah ni sebab saya sendiri memang nak buat...Ini bermakna kalau nak selesaikan satu-satu masalah tu korang sendiri perlu rasa nak buat...sebab kalau korang malas nak buat memang takkan settlelah masalah korang tu...ye tak?

1) Mula-mula,korang ambil penonyoh tumit(cosmetik tools) tu dan korang gosok pada permukaan tumit korang yang merekah tu dan makesure tumit kaki korang dalam keadaan 100% kering. Gosok sehingga keluar semua kulit mati yang kering kat tumit korang tu

2) Selepas selesai menggosok guna penonyoh tumit tu korang terus ambil scrub kopi dan letak kat tumit yang korang gosok tadi tu dan terus urut selama 5minit. Kalau korang ada masa boleh buat lebih lama supaya tumit korang dapat menyerap lembapan dan khasiat yang terkandung dalam scrub kopi tersebut. Terpulang pada korang nak letak air sikit ke bagi mudah nak urut. 

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

3) Selepas tamat tempoh mengurut & menggosok menggunakan scrub kopi korang dah boleh bilas dengan air. Kemudian lap kering tumit kaki korang dan lepas tu bolehlah selpie dengan tumit kaki korang macam saya buat kikiki...Korang akan dapat hasilnya sejurus selepas penggunaan pertama

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Saya bukan menjanjikan bulan dan bintang. Ia bukanlah satu magik kerana korang perlu ulangi step ini sehingga korang berpuashati dengan tumit kaki korang nanti. Mungkin ada yang akan pulih serta merta selepas sekali guna berdasarkan tahap rekahan tumit korang la...

Kalau teruk sangat merekah tu jangan lah nak tembak saya seolah-olah saya menipu korang pula huhuhuhu...Saya sendiri dah cuba dan buktikan TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI untuk membantu masalah tumit merekah dan hasilnya memang ke arah positif seperti yang korang boleh tengok dalam gambar. 

Terpulang pada korang nak mencuba @ tidak. Untuk percubaan kali pertama ni terasa tumit lebih licin dan kesan rekahan berkurangan

Korang boleh tengok sendiri gambar tumit yang dah selesai di scrub kopi kan...Memang ada perbezaan sebelum dan selepas dari segi saiz rekahan dan tahap kelembapan kulit. Kepada mereka yang berhasrat nak mencuba dan nak rebut penonyoh kaki free sila direct wasap saya ya...

Terima kasih kepada yang sudi membaca review saya. Saya doakan agar saya dapat membantu mereka yang memerlukan. Jumpa lagi dalam pengisian yang seterusnya. Kepada mereka yang rasa info ini bermanfaat sila share untuk kebaikan kita bersama. Alhamdulillah

Wassalam