ORDER SABUN ORGANIK HOMEMADE UNTUK TESTING

Bismillah...
Assalammualaikum korang...Sihat tak harini? Harini saya tak berapa nak sihat sikit tetiba migrain menyerang apa nak buat pun tak lalu. Tapi sekarang dah ok sebab dah makan ubat kan hehehe...bolehlah update story kat sini tapi macam lewat sikit...Sambil-sambil ajar anak buat homework sayapun buat homework saya...

Harini nak cerita sikit pasal order sabun organik homemade saya. Harini ada customer order untuk buat percubaan. Kalau kesan memuaskan bolehlah order lagi untuk branding jenama dia sendiri katanya. Harap-harap ok lah...Sabun ni dia akan testing seisi keluarga sebab tu dia ambil 10pcs ...Semua jenis sabun saya dia ambil untuk pilih mana yang paling best hehehe...

ORDER SABUN ORGANIK HOMEMADE UNTUK TESTING

KELEBIHAN SABUN ORGANIK HOMEMADE
Kalau sebut je sabun homemade semua orang akan tahu yang sabun tu diproses di rumah bukan dikilang. Kalau proses dirumah bermakna sabun ini diproses dalam kuantiti yang sikit bukan macam kilang-kilang sabun bila sekali production je beribu-ribu boleh keluar

Bila sesuatu benda dibuat dalam kuantiti yang sedikit akan menghasilkan kualiti yang baik kerana pembuat lebih fokus dengan kerja tersebut disamping kuantiti peratusan barang lebih tepat. Saya andaikan berdasarkan apa yang saya praktikkan...tak tahu lah kalau orang lain macammana hehehe...

Sabun homemade yang saya buat menggunakan 100% bahan semulajadi bukan daripada extrak-extrak yang boleh dibeli. Saya lebih suka menggunakan bahan yang asli berbanding extrak kerana bagi saya lebih berkesan guna bahan yang asli. Contohnya sabun green tea + oat...Saya akan guna greentea dan oat sendiri untuk dimasukkan kedalam sabun.So...masa korang guna sabun tu korang akan nampak serpihan bahan yang ada dalam sabun tu

Sepanjang saya menjadi pengeluar sabun organik homemade saya memang totally menggunakan sabun-sabun yang saya buat sebab dalam pada saya menjual dan membuat sabun untuk branding saya sendiri nak rasa keberkesanan sabun yang saya hasilkan. Alhamdulillah saya sangat berpuashati dengan hasilnya bukan sebab sabun ni saya buat saya cakap ok tapi ikhlas saya cakap produk organik pasti akan memberi manfaat kepada kecantikan kulit kita

Yang sangat saya banggakan dengan sabun hasil ciptaan saya adalah walaupun sabunnya sangat ringkas sebab saya tak guna pewangi tetapi sabun ini tidak akan menyebabkan kulit jadi pedih kalau guna. Sejak guna sabun ni setiap kali solat waktu saya akan cuci muka dulu guna sabun dan kulit saya tak pedih atau kering

Tapi cakap banyak pun tak gunakan kalau korang tak try...takpelah...yang penting saya dah share apa yang patut...nanti kalau korang macam teringin nak try bolehlah roger-roger saya kat sini...Tak pun kalau ada kawan-kawan or sedara mara korang yang mencari produk organik korang boleh lah bagitahu mereka eh...

Istimewanya produk-produk homemade saya adalah kerana saya menggunakan minyak zaitun dalam semua produk-produk homemade saya sebab saya rasa minyak zaitun adalah minyak yang terbaik untuk kecantikan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit,lebih-lebih lagi buah zaitun adalah makanan sunnah

Saya harap lepas ni banyak lah lagi produk-produk organik homemade yang dapat saya jual untuk ajak semua kawan-kawan untuk amalkan produk organik baru rasa selamat...betul tak? hehehe...Kepada korang-korang kat luar sana yang berminat nak rasa keunikan sabun homemade saya bolehlah whatsapp saya terus ya...Tq taw sudi singgah sini...Jumpa lagi

Wassalam

0 ulasan:

Post a Comment