Image

DIY CARA WRAP PRODUK BAGI NAMPAK KEMAS DAN SELAMAT

Assalammualaikum...
Adakah korang pemilik produk homemade???
Atau produk yang korang repacking?

Harini saya nak share sikit DIY CARA WRAP PRODUK BAGI NAMPAK KEMAS DAN SELAMAT . Maksud selamat disini adalah untuk pastikan isi kandungan produk korang tu tidak tertumpah @ terbuka tutupnya  semasa proses penghantaran. Kalau produk yang jenis cecair memang patutlah guna wrap plastik ni sebab lebih selamat sebab bila korang dah wrap botol tu tutup botol tidak akan terbuka. Bagi mereka yang membuat produk pil pula perlu guna wrap plastik ni sebab ia akan mengelakkan pil-pil korang daripada masuk angin...Ahaaa...selamat kan...hehehe

DIY CARA WRAP PRODUK BAGI NAMPAK KEMAS DAN SELAMAT

Cuba korang perhatikan gambar kat atas ni. Gambar ni sebagai contoh ya...Bezakan penampilan sebelum wrap dan selepas wrap. Andaikan korang adalah seorang pelanggan yang nak beli produk...satu produk tak wrap satu lagi ada wrap...mesti korang ambil yang ada wrap kan??? Oh tak eh...hehehe...takpe takpe...mungkin korang bukan jenis yang kisah tentang semua ini tapi kebanyakan pelanggan lebih mementingkan apa yang mereka lihat dengan mata daripada yang ada didalamnya...Bukan saya maksudkan kualiti yang didalam tidak penting...tetapi penampilan yang diluar adalah paling penting untuk menarik hati pembeli untuk membeli...huhuhu...dah macam buka kelas marketing pula saya rasa... Botol yang selepas wrap lebih menarik kan? Nampak lebih kemas...bercahaya dan selamat...

"Psttttt...Kalau tak wrap saya pun tak yakin nak beli sebab takut kot kot ada orang yang dah pernah buka botol tu huhuhu..."

APA KELEBIHAN MENGGUNAKAN WRAP PLASTIK
1) Kemas
2) Menjamin keselamatan produk
3) Mengelakkan label/sticker rosak & pudar
4) Kalau korang letak kat kedai produk tu customer tak dapat nak buka untuk cium-cium(hehehe...amik bau je ye tak)
5) Membuang risiko produk tertumpah
6) Lebih nampak exclusive
7) Senang nak lap kalau berhabuk

Saya kira ramai yang belum tahu bahawa wrap plastik ni korang boleh buat sendiri je kat rumah. Yela...bukan semua orang buat jual produk ni dari rumah kan...kebanyakkan mereka yang jual produk macamni buat kat kilang...kat kilang memang dah ada siapkan sekali pakej wrap plastik...so korang tak payah risau tentangnya...Tapi harini saya nak share kepada mereka yang "Homemade bisnes" macam saya...Yang keluarkan sendiri produk @ repacking okeh...yang dah tau tu main jejauh...yang tak tahu boleh tengok hehehe...

DIY CARA WRAP PRODUK BAGI NAMPAK KEMAS DAN SELAMAT

Tak susah pun sebenarnya nak pasang wrap plastik ni. Tapi tula...biasalah kan buat manual memang renyah sikit...Mula-mula akan rasa kekok sikit sebab baru belajar...tapi bila dah buat banyak sikit...dah dapat "tiun" dia perghhhh...dah macam mesin wrapper pula hahaha...

CARA WRAP BOTOL :
1) Masukkan botol ke dalam plastik wrapper sepenuhnya(sampai hujung) Biasanya saya akan ukur dulu plastik tu biar panjangnya cukup-cukup meliputi bawah botol. Kalau terlalu panjang nanti tak kemas(kalau dah terbuat boleh potong)

2) Pegang botol yang dalam plastik tu tadi kemas-kemas(pegang bahagian bontot botol...tarik plastik tu kebawah kemas-kemas) Pasang hair dryer dan tembak bahagian atas dahulu diikuti keliling botol bermula dari atas hingga kebawah. Pastikan korang pakai glove ya takut korang tak tahan panas...macam saya ni kulit buaya takpe hahaha... Bila korang nak tembak bahagian bawah korang pegang bahagian kepala botol pula...Pastikan wrap plastik ni betul-betul membalut dengan kemas botol korang tu

3) Tadaaa...dah siap wrap dah botol korang. Pastikan permukaan wrap plastik yang korang pasang tu licin...barulah nampak kemas dan cantik...Cantik tertarik kau memang the Boom kihkihkih

MASALAH YANG DIHADAPI BAGI MEREKA YANG BARU NAK BELAJAR DIY WRAP PLASTIK
Ramai yang hadapi masalah masa mula-mula nak belajar wrap ni.Korang tak perlu risau...jangan sedih-sedih...sebab saya dulu mula-mula belajar pun macamtu...siap terbakar hair dryer saya dek nak memantapkan kemahiran tak sedar saya terguna terlalu lama...Tarbako dikkk...hahaha..."Practice make perfect" dik... saya percaya korang buat 10kali mesti boleh jadi pro punya...macam saya ni serba serbinya slow tahap kura-kura pragnent tu yang lambat sikit nak hadam hehehe... haihhh banyak sangat membebel lupa nak cakap apa masalahnya... 

Masalah yang biasa dihadapi bila belum pro nak wrap botol ni adalah plastik wrap tu akan berkedut-kedut macam tak tegang(kendur). So...kalau korang hadapi masalah macamni tak perlu risau sebab boleh settle...Pastikan masa korang nak tembak hair dryer korang dah pegang plastik tu dengan tegang dan pastikan juga hair dryer tu guna speed yang paling tinggi...Maknanya pakai suhu yang paling panas sebab kita kan nak layur(lembutkan) plastik tu...Percayalah kalau korang guna teknik ni dengan betul korang akan hasilkan botol yang siap wrap dengan kemas dan cantik huhuhu... masa yang korang ambil untuk wrap satu botol tak sampai pun 30saat(ikut size botol)

MANA NAK BELI PLASTIK WRAP NI?
Plastik wrap ni korang boleh beli kat kedai-kedai plastik berdekatan dengan rumah korang kalau la diorang ada jual. Tak pun korang boleh cari kat google...Kat lelong pun ada orang jual kalau tak silap saya. Kalau nak lagi senang korang leh dapatkan kat kawan saya hehehe...korang roger je saya nanti saya pas contact no dia pada korang ...saya tak jual plastik ni hehee

Begitulah serba sedikit ilmu DIY CARA WRAP PRODUK BAGI NAMPAK KEMAS DAN SELAMAT  yang sempat saya kongsikan kepada kawan-kawan semua. Mana yang tak jelas boleh tanya...Saya harap apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada mereka yang memerluka info ini. Termia kasih kerana sudi membaca entri ini sampai penghujungnya...Jumpa lagi next entri...

Wassalam