Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

Bismillah...
Assalammualaikum korang...Sempena Ramadhan Al-Mubarak ni saya nak join satu segmen sahabat kita ni yang mempunyai niat suci untuk sebarkan sunnah & zikir yang menjadi tuntutan. Dan lebih banyak ganjarannya bila kita amalkan di bulan yang mulia ini...Jom kita renung sejenak apa pesanan dari penaja Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz ni...

Assalamualaikum semua... 
Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Syarat-syarat :

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


3. FOLLOW BLOG Papaglamz.com

4. Buat satu entri yang bertajuk: "Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz"

5. Copy paste coding kat bawah ni:

6. Publish entri korang dan share link korang diruang komen entri segmen (Klik Disini)
Mudah je kan? Selamat bersegmen. 

10 Peserta BERTUAH bakal mendapat Sampul Duit Raya EXCLUSIVE by PAPAGLAMZ beserta HADIAH MISTERI dari Papaglamz.com. 

Jom jom jom cepat join.....!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA

Bismillah...
Assalammualaikum kepada semua umat islam yang berpuasa harini...Harini adalah hari pertama umat islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Biasanya hari pertama memang layu sikit...Hehehe...Apa JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA korang harini?

 Hari pertama puasa saya dikirimkan ujian sakit kepala akibat migrain dari selepas sahur hingga sekarang dah nak berbuka dah...Tapi saya anggap itu adalah ujian buat saya...Mungkin orang lain ujiannya dalam bentuk lain pula kan...

Saya bersyukur sebab saya dapat mengatasi ujian ini dengan cara menyibukkan diri buat sesuatu yang saya suka untuk melupakan migrain tuh...Dan sebab itu jugalah harini macam tertinggal bas juga untuk tulis entri ...orang lain dah kebintang saya masih lagi kat bumi huhuhuhu

Harini saya tengok banyak sungguh posting pasal juadah berbuka puasa. Buka facebook je gerun tengok pelbagai makanan yang mereka post...tak berani saya nak lama-lama dalam facebook sebab saya ni jenis kuat makan ...

Pastu perut pula jenis yang suka merengek...Nampak je makanan sedap mulalah submit form kat hati suh pilih makanan mana yang sedap...adoiiii...itu yang saya tak larat,nanti banyak ceritanya...baik saya jangan tengok je makanan tuh...hehehe

JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA


Jom layan story saya JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA. Korang jenis suka beli kat bazar ramadhan ke suka masak sendiri? Saya tengok orang sekarang lebih suka beli je kat bazar ramadhan sebab lebih mudahkan...lebih-lebih lagi awal puasa ni ramai yang berebut-rebut berniaga kat bazar ramadhan....tapi bila dah hujung-hujung puasa nanti mesti dah rongak-rongak gerai kat bazar tu kan...hehehe

Saya adalah seorang yang paling tak suka tempat crowded. Maka,sepanjang ramadhan memang saya tak akan pergi bazar ramadhan dan anak-anak saya pun tak tahu bazar ramadhan tu apa...hehehe

Lagi satu alasan saya tak dapat pergi bazar ramadhan sebab saya tak pandai nak pilih makanan dan takut terikut nafsu bila membeli...Lagipun agak sukar untuk saya heret anak-anak saya semua ke bazar sebab faham-faham jela anak semuanya hero,bukan reti nak control cute ala-ala princess gitu...Kang tak pasal-pasal diorang yang berjual kang...haru

JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA

Harini saya buat lauk kari ayam dengan telur masin je untuk makan berbuka...Simple-simple je...lauk ni kitorang makan untuk berbuka dan bersahur nanti...senang kan...sekali masak je...Kami dah terbiasa minum air dengan kurma dulu waktu berbuka. 

Lepas solat maghrib baru kami makan nasi,so tak sempat kami nak makan juadah lain dah...Sebenarnya saya teringin nak makan sambal sardin tapi suami request kari ayam,maka saya dulukan selera sang suami dulu esok baru selera saya pula...

Hidangan ini cukup untuk kami sekeluarga menikmati ketika berbuka puasa. Syukur dengan rezeki yang Allah kirimkan buat kami sekeluarga sebagai JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA 

Pesan saya buat kawan-kawan semua,tak perlulah kita mengikut hawa nafsu ketika membeli di bazar ramadhan sebab semua itu adalah godaan syaitan yang ingin menyesatkan.Tak salah kalau nak membeli tapi asuh diri untuk membeli secukupnya dan elakkan pembaziran

Sampai berjumpa lagi...Selamat menunaikan tarawih malam ke-2. 

Wassalam


HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA

Bismillah...
Assalammualaikum kalian...
Buat kali kedua saya nak bercerita pasal makanan dalam entri saya. Sebelum ni saya cerita pasal TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE yang memang aummm tu...

Tapi harini saya nak cerita pasal HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA... Lauk ni korang boleh start masak setengah jam sebelum berbuka...sebab memang sangat-sangat ringkas dan sedap(kat tekak saya la...)

HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA

Nampak macam biasa-biasa je tapi kalau dapat makan dengan nasi panas memang terangkat. Anak saya yang sulung memang suka sangat menu ni. Ikan tu korang boleh ganti dengan apa-apa ikan yang korang suka...Kalau dapat ikan keli lagi sedap...

Jom saya share resepi kat korang yang nak try menu ni esok hehehe...Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak...boleh kira dengan jari...Sekali baca je dah boleh ingat

BAHAN-BAHAN :
1) Ikan (ikut suka)
2) Serbuk kunyit & Garam (untuk lumur kat ikan sebelum goreng)
3) Minyak (untuk goreng ikan & tumis sambal)
4) 20 biji lada besar (untuk 4 orang makan)
5) 2 biji bawang besar

Haaa...kan...ni je bahan yang diperlukan hehehe...senang nak ingat kan...Tapi kalau korang nak letak macam-macam bahan lain boleh je macam potongan tomato atau cili api untuk rasa pedas. 

Kalau korang guna lada besar je memang tak pedas sebab anak-anak saya tak reti makan pedas. Tak pasal-pasal reject masakan saya nanti kalau pedas . Macam saya tak letak msg or gula dalam masakan so saya tak tulis la...

CARA MEMASAKNYA :
1) Goreng ikan (lumur garam & kunyit dulu)
2) Kisar 20 biji lada besar dan 2 biji bawang besar tadi sehingga hancur
3) Tumis bahan kisar dan masak sehingga naik minyak
4) Letak garam secukup rasa

Dah siap!!! Boleh dah makan...Bagi nak jimat masa memasak ni korang boleh sekali jalan je memasak, dapur sebelah goreng ikan dan sebelah lagi buat sambal...Tak sampai setengah jam siap!!!

Kalau korang nak tahu sambal ni tahan lama tau,selalunya saya akan buat sekali banyak dan simpan dalam peti sejuk. Kalau kemalasan melanda panaskan je lauk ni hehehe...Dan yang paling best makin lama sambal ni disimpan makin sedap pula rasanya

Betul @ tak fakta lagi sedap bila dah lama disimpan tu tak dapat saya nak buktikan melainkan korang sendiri cuba. Cuba sekali mesti korang suka

Terjebak pula saya share resepi kat blog penyudahnya. Firstime ni hehehe...Thank's pada yang sudi baca resepi HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA sempoi saya ni...Jumpa lagi nohhh...Babayyy

"SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG BERNAFAS DI BUMI ALLAH, SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KEBERKATAN DALAM MENGHARUNGI SETIAP HELA NAFAS KITA"

Wassalam



SEGMEN BLOGLIST JUN-SEPTEMBER 2017

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Ada segmen lagi saya nampak dan dengan berbesar hati saya nak join SEGMEN BLOGLIST JUN-SEPTEMBER 2017 ni . Korang kalau nak join boleh klik kat banner kat bawah ni eh...Oleh kerana salah satu syaratnya perlu tag kawan saya akan tag 

hehehe...sebab saya ni kurang kenal sangat blogger2 ni...Almaklumlah budak baru belajar kan...hehehe...Harap adik bertiga ni sudi join sekali untuk meriahkan segmen CikLa kita hokeyyyy...

SEGMEN BLOGLIST JUN-SEPTEMBER 2017

Macam biasa syarat penyertaan korang boleh tengok bila korang klik banner kat atas ni...Senang je nak ikut "like a piece of cake" bak kata omputeh. "CikLa,saya dah penuhi semua syarat taw...Saya join eh...hehehe"

Segmen ni bertujuan untuk mencari 10 bloglist untuk menyerikan blog CikLa...Dan 2 orang yang bertuah bakal memenangi hadiah misteri dari CikLa kita. Sempat lagi ni kalau korang nak join sebab tarikh tutupnya 30 mei 2017 pukul 8malam

Selamat berSEGMEN BLOGLIST JUN-SEPTEMBER 2017 korang...GOOD LUCK MY DEAR...

Wassalam

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Korang pernah dengar tak tentang aplikasi Shopee? Shopee ni adalah satu aplikai pembelian dalam talian macam lazada tu. Kalau korang berniaga saya sarankan korang daftarlah dengan shopee ni dan senang korang nak display barang yang korang jual kat pengguna shopee yang lain. Jom kita layan celoteh saya BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Saya dah buka dah akaun dengan shopee ni. Macam biasalah setiap aplikasi jualan memang kita sendiri kena setting tapi saya tak rasa susah mana pun nak setting sendiri. Gambar kat atas tu adalah dashboard saya iaitu tempat saya nak menyelenggara kedai online saya

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Dan gambar ni pula adalah laman kedai online shopee ni. Kalau korang daftar korang boleh cari apapun barang yang korang nak beli. Yang bestnya guna shopee ni adalah mereka tanggung kos pos sebanyak RM5...so korang bolehla kurangkan sikit kos pos untuk customer korang @ korang boleh murahkan sikit harga barang. 

Mereka akan bayar kos postage kepada kita balik masa mereka membuat pembayaran pada kita. Mungkin cara ini mempunyai daya tarikan untuk orang membeli sebab barang murah @ postage murah...Betul tak ???

Tak semestinya daftar dengan shopee korang wajib menjual. Korang boleh juga membeli. Bila korang dah siap isi barang kat kedai online korang tu,bolehlah share ke media sosial korang untuk tujuan promosi. Saya rasa ia sangan mudah dan best sebab korang tak perlu bayarpun untuk menggunakan aplikasi Shopee ni

Setakat harini saya dah pernah jual 4 kali guna shopee...Masa mula-mula memang macam tak reti sangat nak guna aplikasi ni,tapi bila dah lama-lama macam best pula...hehehe

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Ni saya nak ingatkan kat korang...Sesiapa yang nak berniaga guna aplikasi shopee ni makesure korang bukan seorang agent dropship sebab takut korang takde modal pula nak bayar dulu barang yang customer korang nak beli tu,melainkan korang banyak duit...hehehe

Dengan shopee korang tidak akan dapat duit korang on the sport taw...Duit korang akan dapat selepas customer korang terima barang. Pihak shopee akan tahu barang korang selamat diterima melalui tracking nombor yang korang imbas masa korang bagitahu order dah selamat di pos 

Haaa...korang nampak tak...Bagi saya shopee ni adalah satu tempat shopping yang 100% selamat sebab kalau seller dalam shopee menipu,korang akan dapat balik duit yang korang dah bayar tu. Mudah je ceritanya...

Kalau korang jadi pembeli, korang akan bayar kepada pihak shopee bukan direct seller. Sebab tu saya cakap yang semua orang selamat shopping kat shopee...Kalau tak dapat barang terus je bagitahu Shopee untuk claim

Sebagai penjual pula...bila korang dapat order korang perlu pos secepat mungkin dalam masa 3 hari. Bila dah pos korang perlu bagitahu kat shopee yang korang dah pos barang. Nanti akan ada button hantar pada order yang masuk.Korang tekan dah hantar dan shopee akan mintak korang update nombor tracking

Bila korang dah update nombor tracking yang betul kat sana korang dah boleh rileks tunggu customer korang terima barang. Selepas customer terima barang dia akan update bahawa mereka sudahpun terima barang dan korang akan terima bayaran untuk order tu ... Biasanya tak ambil masa yang lama pun untuk clearkan semua urusan

Sebab itu saya nasihatkan,kalau korang nak jual kat shopee better jual barang yang ada kat tangan korang.Senang korang nak uruskan sendiri. Kalau dropship saya risau ada yang pending susah korang nak beri penjelasan sebab shopee akan cancel order kalau tidak dihantar dalam masa 3 hari. Tak pasal-pasal korang akan rugi sale...Faham ke idok ni????

Masa mula-mula saya daftar dulu shopee bagi macam servis free postage sebanyak RM5 untuk setiap order yang kita dapat dengan syarat order tu mesti bernilai RM25 keatas...Maknanya kalau harga barang korang RM30 korang layak la dapat duit extra RM5 tu...Tapi baru-baru ni saya perasan nilai RM25 tu dah tak available lagi dah. Shopee dah naikkan ke RM30 ke RM35 saya tak berapa ingat...huhuhu

Saya berpuashati juga la berjual kat shopee ni sebab saya rasa shopee sangat caring.Bila kita macam slow down mereka akan ingatkan kita untuk kemaskini kedai kita. Lepas tu kita boleh naikkan iklan kita setiap 4 jam bagi orang lain nampak iklan kita. Dan kita boleh follow je sesiapa yang kita suka untuk dapat update terkini. Bestkan...

Kalau customer puashati dengan servis dan layanan korang kat shopee diorang akan bagi rating kat korang. Rating tu akan display kat kedai shopee korang. Jangan pandang enteng je kat rating ni tau,sebab dengan rating ni la akan memberi kepercayaan kepada bakal-bakal customer korang nanti

Jom lah korang join sekali kita niaga sama-sama kat shopee. Boleh tambah kawan-kawan..Hehehe...Kat kedai shopee saya ni saya cuma masukkan produk-produk saya sendiri je...kalau korang willing to skodeng & follow,korang boleh klik link ni https://shopee.com.my/zurainimuhammad 

Saya pun baru-baru je nak berjinak-jinak guna aplikasi ni...masih banyak yang perlu diperbaiki..Kalau korang ada nasihat bolehla tinggalkan kat komen...hehehe...nanti saya repair. 

Oklah setakat ni je cerita saya pasal BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE ni. Korang kalau nak daftar boleh daftar kat SINI ...Dan kalau macam tak berapa nak faham korang boleh tanya...nanti saya tolong jawab...Sebab masa mula-mula dulupun saya tak faham...kesian ada sorang hamba Allah ni asyik kena tanya je dengan saya...hehehe

Thank you pada korang yang sudi meneliti entri saya..Maafkan saya kalau cerita ni membosankan. Jangan serik untuk datang sini lagi.Salam kenal buat mereka yang pertama kali datang ketempat saya...Akhir kalam selamat berbisnes dengan shopee...

Wassalam





SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI

Bismillah...
Assalammualaikum...
Harini nak join lagi satu segmen SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI...Macam biasa korang kalau nak join korang boleh klik banner yang saya tepek satgi untuk baca apakah intipati segmennya okey...

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI


5 je Syarat Untuk Menyertai :

1. Follow Blog Ombak Bergigi ( beres )

2. Follow IG @ombakbergigi ( beres )

3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi" ( tengah buat ni hehehe )

4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini ( beres )

5. Comment link entri penyertaan di bawah ( jap eh...dah siap saya hanto )

Jom guy's kita meriahkan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI ni. Semoga terjalin sebuah ukhwah sesama kita. Boleh kenal-kenal dengan blogger lain...

Wassalam

SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA

Bismillah...
Assalammualaikum...
Alhamdulillah kehadrat ilahi kerana saya masih lagi bernafas pagi ini untuk memberi suatu perisian untuk korang semua. Pagi ni cuaca nampak sangat baik dan kita semua sedang menuju ke hari penuh barakah iaitu bulan Ramadhan al Mubarak.Semoga kita semua punya kesempatan untuk menikmati keindahan bulan Ramadhan itu nanti

SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA
Harini saya nak letak testimoni dari customer yang menggunakan sabun homemade saya... macam biasa setiap kali ada yang membeli produk homemade saya,saya akan follow up mereka untuk dapatkan feedback

Feedback yang saya mahukan bukan semata-mata untuk dijadikan testimoni tetapi untuk saya memperbaiki kelemahan diri saya jika ada kekurangan. In kerana saya sentiasa berusaha nak menjadi lebih baik daripada sekarang dan orang yang paling layak untuk komplen adalah customer yang berurusan dengan saya...hehehe

Tanpa korang siapalah saya...Tanpa customer siapalah seorang penjual...betul tak?? Sebab itu feedback seorang customer bagi saya adalah sangat-sangat berharga untuk dijadikan kayu ukur dalam memperbaiki kelemahan saya dari segi servis mahupun kualiti produk


SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA

Customer ni pakai sabun kunyit madu saya. Sebelum ni dia ada masalah jerawat pasir dan kulit kusam. Alhamdulillah dia serasi dengan sabun homemade saya. Sabun kunyit madu ni totally adalah daripada kunyit asli dan madu asli. Mungkin dengan formula bahan asli yang banyak dalam sabun itu dapat membantu selesaikan masalah kulit muka dia 

Ataupun mungkin gabungan kunyit dan madu memang satu gabungan mantap dan serasi buat dia. Dan mungkin juga manfaat bahan asli ini 100% bertindakbalas dengan kulitnya...Wallahualam...saya bersyukur sangat customer berpuashati dengan sabun homemade saya. Apa-apapun yang penting semua orang faham dan sedar bahawa sabun homemade saya adalah 100% organik tanpa bahan kimia

SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA

Feedback yang ni pula customer pakai sabun greentea. Sebenarnya sabun greentea berbeza daripada sabun kunyit madu ni. Sabun kunyit madu lebih soft daripada sabun greentea. Sabun greentea ni akan buat kulit korang rasa tegang sebab fungsi greentea ini sendiri mengandungi antioksidan untuk kasi awet muda,tegangkan kulit kan...so korang akan rasa kulit korang soft dan tegang

Seronok rasanya dapat feedback yang best-best tentang hasil usaha kerja tangan sendiri. Korang yang masih belum mencuba sabun homemade saya bolehlah dapatkan segera. Banyak keistimewaan guna produk organik ni tau. Selamat pun selamat...

Tak payah nak risau kulit korang menipis ke,rosak ke sebab sabun homemade memang confirm takde bahan yang boleh rosakkan kulit muka korang. Sabun ni pun korang boleh guna seluruh badan dan boleh juga korang gunakan pada anak-anak korang. Tiada masalah pun.

Lagi satu kalau korang teringin nak ada produk sendiri atau teringin nak cari duit poket macam ramai orang sekarang yang menjual kat facebook tu korang boleh borong juga sabun ni. Tapi ada minimum kuantiti la kalau nak order untuk borong. Saya akan buatkan tanpa sticker dan korang boleh tampal sticker korang sendiri kat sabun tu. 

Terpulang korang nak packaging macamanapun ikut citarasa korang sendiri. In Sya Allah korang akan berpuashati dengan servis yang saya berikan kepada korang. 

Terima kasih sudi singgah ke sini dan harap kita akan berjumpa lagi di lain story. Saya doakan agar semua umat islam seluruh dunia sentiasa mendapat keredhaan Ilahi dalam setiap langkah dalam kehidupan kita. Berakhirlah sudah sebuah cerita bertajuk SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA daripada saya untuk pagi ini.

Wassalam


TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

Bismillah...
Assalammualaikum...
Tak sesabar sangat rasanya nak tulis entry ni sebab terpesona dengan kesedapan yang membuka selera bila tengok gambar-gambar kek & cookies by AYU'S SUGAR BITE ni. Nak menyebutpun berbelit-belit lidah saya...hahaha...Kalau boleh nak beli semuanya...

Kenapa saya teruja sangat nak buat review pasal TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE ni pasal saya dah try semuanya dan alhamdulillah semuanya diluluskan oleh anak tekak saya yang agak memilih bila nak makan benda-benda macamni... 

Buat masa sekarang masih lagi buka tempahan untuk raya yang bakal menjelang. Kalau korang nak try hasil tangan tokey kek ni korang boleh berurusan dengan AYU'S SUGAR BITE ni sendiri. Korang pilihlah nak berurusan melalui saluran mana...Kat bawah ni saya dah siap-siap linkkan korang pada saluran yang betul hahaha...korang tekan je terus tembus ke talian AYU'S SUGAR BITE tuh...

Tapi saya rasa kalau korang nak skodeng koleksi kek dan cookies better korang klik kat IG sebab kat IG lebih tersusun gambarnya...Kalau kat facebook pun boleh tapi biasalah kan kat facebook banyak sangat post yang bercampur-campur. Tapi sebenarnya boleh je ikut suka korang lah nak tengok kat mana. Atleast kat facebook korang boleh kenal macammana rupa dan aktiviti harian tokey kek tu kan...

WHATSAPP ( STRICTLY NO CALL)

TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

Serius saya memang tak boleh nak tahan tengok gambar-gambar ni. Kalau korang nak tahu AYU'S SUGAR BITE ni ambil tempahan bukan masa raya je...masa tak rayapun memang dia ambil tempahan sepenuh masa...

Tapi kalau korang nak order mesti order 3 hari awal daripada tarikh korang nak kek tu hokey...Jangan korang nak kek tu harini semalam baru nak order...bila tak dapat nak dipenuhi permintaan korang tu,korang menangis kat bucu katil...hahaha..memang tak dapat nak nolong dooo...

Lepastu AYU'S SUGAR BITE ni ada buat perkhidmatan COD juga dikawasan-kawasan tertentu. Area COD kakak ni dia pernah bagitahu saya,area Shah Alam,Kuala selangor,KLIA,Sepang,Putrajaya,Seremban,Nilai,Jelebu...Lebih kurang macamni lah area yang boleh COD seingat saya...nanti korang tanyalah sendiri kot-kot dia ada buat penambahan area pula sekarang

AYU'S SUGAR BITE beroperasi di Kuala Selangor dan kalau nak hantar ke area yang jauh-jauh tu ada syaratnya juga...Inipun korang boleh terus tanya kat tokey terus sebab takut saya tersalah ngomong sat lagi kena tembak plak saya nanti hehehe...

Kepada semua yang berminat berurusan dengan AYU'S SUGAR BITE boleh terus jenguk-jenguk IG @ FB dia cuci mata dulu. Banyak lagi pilihan yang korang boleh tengok kat sana. Dia ada ambil tempahan kek & goodies untuk majlis harijadi,tunang,kahwin dan semua majlis yang korang nak buat asalkan dia boleh ikut apa yang korang nak tempah tu...jangan korang mintak rendang itik untuk majlis korang tu sudah...time ni dia pula yang menangis kat bucu katil hehehe( gurau jek taw)

Oklah...cukup kot setakat ni saya nak membebel pasal TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE. Sebelum terlambat baik korang bertindak sekarang buat tempahan sebab kalau dah tutup order memang dah tak buka lagi dah...Jangan lupa share-share entri ni bagi semua orang dapat rasa kesedapan kek dan cookies BY AYU'S SUGAR BITE ni...Jumpa lagi eh next story...

Wassalam

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Bismillah....
Assalammualaikum...
Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk mencoret lagi disini. Korang apa khabar? Dah lunch ke? Harini saya jalani kehidupan seperti biasa. Tapi petang sikit nanti ada projek nak buat hehehe...Ada customer order inai rambut untuk jenama sendiri...So,lepas zuhur ni boleh lah saya start packing sebab esok nak pos...

Kali ni saya nak cerita pasal TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH ni kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Harini saya nak fokus kepada masalah tumit kaki merekah. Walaupun sesetengah orang menganggap masalah ini tidak terlalu penting untuk diperkatakan tetapi saya sekadar ingin berkongsi penyelesaian kepada masalah ini

Saya adalah seorang surirumah...saya juga ada masalah tumit kaki merekah. Apa yag bakal saya kongsikan ini adalah hasil percubaan saya sendiri dan tiada kaitan langsung dengan orang lain juga tiada niat untuk memanipulasi dengan tujuan mendapatkan sale. Tiada unsur-unsur penipuan dalam gambar...gambar yang saya paparkan adalah telus tanpa di edit @ menggunakan aplikasi canggih sebab saya guna handphone cokia je untuk ambil gambar ni huhuhu...

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Gambar diatas merujuk kepada perkara yang saya nak fokus harini iaitu tumit merekah. Korang perhatikan gambar sebelum tu kaki memang sangat teruk rekahannya dan gambar selepas sudah kurang rekahannya. Saya tak cakap guna sekali boleh terus hilang semua ya...Penggunaan kali pertama akan membuang kulit-kulit keras yang mengakibatkan tumit korang nampak sangat teruk rekahannya

Masalah di atas saya settle hanya menggunakan scrub kopi dan penonyoh tumit untuk menghilangkan kesan rekahan buruk yang boleh mencacatkan penampilan seseorang. OK...saya faham...kaki letaknya dibawah...boleh cover dengan kasut...tapi bagi saya ia adalah perkara yang perlu juga dipelihara...takdelah nanti nak tidur pun tersangkut-sangkut tumit kasar kat selimut kannn...hehehe

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Ok. Gambar kat atas ni pula saya tunjuk cara merawat tumit kaki yang merekah teruk itu dengan bantuan scrub kopi dan penonyoh tumit yang akan saya beri percuma dengan setiap pembelian scrub saya. Tapi ingin di ingatkan bahawa stok penonyoh kaki adalah terhad kepada 20 orang pertama sahaja sebab stok dah nak habis hehehe...

CARA-CARA MERAWAT TUMIT MEREKAH DENGAN SCRUB KOPI
Sebenarnya cukup mudah saya nak settlekan masalah ni sebab saya sendiri memang nak buat...Ini bermakna kalau nak selesaikan satu-satu masalah tu korang sendiri perlu rasa nak buat...sebab kalau korang malas nak buat memang takkan settlelah masalah korang tu...ye tak?

1) Mula-mula,korang ambil penonyoh tumit(cosmetik tools) tu dan korang gosok pada permukaan tumit korang yang merekah tu dan makesure tumit kaki korang dalam keadaan 100% kering. Gosok sehingga keluar semua kulit mati yang kering kat tumit korang tu

2) Selepas selesai menggosok guna penonyoh tumit tu korang terus ambil scrub kopi dan letak kat tumit yang korang gosok tadi tu dan terus urut selama 5minit. Kalau korang ada masa boleh buat lebih lama supaya tumit korang dapat menyerap lembapan dan khasiat yang terkandung dalam scrub kopi tersebut. Terpulang pada korang nak letak air sikit ke bagi mudah nak urut. 

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

3) Selepas tamat tempoh mengurut & menggosok menggunakan scrub kopi korang dah boleh bilas dengan air. Kemudian lap kering tumit kaki korang dan lepas tu bolehlah selpie dengan tumit kaki korang macam saya buat kikiki...Korang akan dapat hasilnya sejurus selepas penggunaan pertama

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Saya bukan menjanjikan bulan dan bintang. Ia bukanlah satu magik kerana korang perlu ulangi step ini sehingga korang berpuashati dengan tumit kaki korang nanti. Mungkin ada yang akan pulih serta merta selepas sekali guna berdasarkan tahap rekahan tumit korang la...

Kalau teruk sangat merekah tu jangan lah nak tembak saya seolah-olah saya menipu korang pula huhuhuhu...Saya sendiri dah cuba dan buktikan TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI untuk membantu masalah tumit merekah dan hasilnya memang ke arah positif seperti yang korang boleh tengok dalam gambar. 

Terpulang pada korang nak mencuba @ tidak. Untuk percubaan kali pertama ni terasa tumit lebih licin dan kesan rekahan berkurangan

Korang boleh tengok sendiri gambar tumit yang dah selesai di scrub kopi kan...Memang ada perbezaan sebelum dan selepas dari segi saiz rekahan dan tahap kelembapan kulit. Kepada mereka yang berhasrat nak mencuba dan nak rebut penonyoh kaki free sila direct wasap saya ya...

Terima kasih kepada yang sudi membaca review saya. Saya doakan agar saya dapat membantu mereka yang memerlukan. Jumpa lagi dalam pengisian yang seterusnya. Kepada mereka yang rasa info ini bermanfaat sila share untuk kebaikan kita bersama. Alhamdulillah

Wassalam

GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Yeayyy...harini saya nak join GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN ni. Saja-saja nak meriahkan suasana sambil-sambil nak cuba menggunakan kaedah beramah mesra dengan blogger lain dengan penyertaan giveaway @ segmen. Lagipun dah lama tak join segmen sebab takde kesempatan...ni sambil-sambil tengok berita saya menaip hehehe...

GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN

Masa mula-mula nak mencuba join giveaway ni saya tak berapa pandai sangat...tapi alhamdulillah mereka yang buat giveaway ni bagi syarat yang mudah je untuk dipenuhi dan senang nak faham arahan yang disediakan. Kalau blogger yang otai mesti tiada masalah nak join...tapi bagi blogger baru mesti terkulat-kulat lagi nak faham macam saya dulu...takpe...pelan-pelan kayuh eh...

Nak join??? Mudah je...korang klik banner yang saya letak kat atas sana,lepas tu korang akan dapat tengok arahan dan syarat untuk join giveaway ni. Yang saya teruja sangat dengan GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN ni adalah design & warna namecard tu kita boleh pilih sendiri taw...Huyyohhh ...serius best...

3 perkataan menggambarkan blog BusyraTakiyudin :
1) Simple
2) Tak semak
3) Warna lembut (tak sakit mata tengok)

Alhamdulillah...semua syarat dah dipenuhi...Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya join giveaway ni dengan senang hati dan nak ajak sesiapa yang nampak entri saya untuk join walaupun dah dekat nak tarikh tutup...hehee..Good luck guys...

Wassalam

JUAL SABUN HOMEMADE

Bismillah...
Assalammualaikum sahabat...
Hi korang...Semalam saya kecundang sebab tak sempat nak update entri...Mood masih ke laut berikutan kesedihan gara-gara handphone rosak....Rasa macam terbatas pula saya nak buat entri sebab dah terbiasa gunakan telefon tu untuk ambil gambar....dan kebanyakan gambar berada dalam telefon tu...Harap-harap dapatlah saya lebih bersabar...Tajuk cerita yang saya pilih untuk membebel harini adalah JUAL SABUN HOMEMADE

JUAL SABUN HOMEMADE

Haritu ada lima enam customer whatsapp saya tanya pasal produk homemade. Mereka banyak kali tanya adalah produk-produk yang saya jual tu adalah hakmilik saya atau saya beli dari thailand dan repack balik...Inilah soalan yang selalu customer dok tanya termasuk yang baru je tanya tadi huhuhu...

Oleh hal yang demikian saya buat artikel ni untuk memaklumkan bahawa semua produk yang saya sebut sebagai organik homemade adalah hakmilik saya sendiri. Saya sendiri yang buat dari A-Z sehinggalah proses pos barang kepada customer..Kesian saya dik kena cop pengusaha repacking,huhuhu...

JUAL SABUN HOMEMADE

Saya faham mungkin ada customer yang ragu-ragu sebab ramai yang berada diluar sana yang jual produk repacking. Tidak salah untuk mereka memastikan kesahihhan tentang mana datangnya produk yang mereka bakal beli dan saya tidak pernah nak meroyan pun kalau ada yang cakap saya jual produk repacking

Saya tak meroyan sebab saya berada dipihak yang benar. Saya sendiri yang buat semuanya menggunakan dua tangan saya....so,buat apa saya nak takut...

Segala jenis sabun,scrub,lipbalm,lipscrub,toner dan serum organik homemade daripada saya adalah saya sendiri yang punya...saya sendiri yang buat dan saya sendiri yang jual...tiada kaitan dengan sesiapa. Oleh itu kalau nak mencuba yang original homemade sila direct dengan saya

JUAL SABUN HOMEMADE

Ok,kita berbalik pada tajuk JUAL SABUN HOMEMADE. Ramai orang diluar sana yang menjual sabun homemade ni. Tidak dinafikan sabun homemade ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna tegar sabun homemade dan ada juga yang baru berjinak-jinak dengan sabun homemade

Sabun homemade ni sangat istimewa kerana ia diproses oleh orang perseorangan dirumah dalam kuantiti yang kecil secara manual. Majoriti sabun homemade dibuat menggunakan bahan asli yang boleh kita dapat dari dapur rumah kita je...contohnya sabun madu,sabun kunyit,sabun green tea dan sebagainya

Proses buat sabun bukanlah semudah yang disangka bagi sesetengah orang. Mungkin yang berkata ianya mudah adalah mereka yang dah tahap otai buat sabun homemade. Bagi mereka yang belum cukup ilmu atau baru belajar nak mencuba akan rasa ia satu usaha yang agak mencabar. Tapi tak perlu risau kerana bagi saya "practice make perfect"In Sya Allah bila kita buat selalu kitapun akan jadi otai dan akan cakap buat sabun homemade ini mudah je,suatu hari nanti

JUAL SABUN HOMEMADE

Saya bermula dari bawah untuk belajar cara-cara buat sabun daripada bahan hingga ke cara nak pack. Semuanya saya buat sendiri. Selepas percubaan untuk menghasilkan sabun homemade berjaya saya cuba guna dahulu untuk saya rasai keberkesanan sabun tersebut barulah saya berani untuk JUAL SABUN HOMEMADE tersebut ye korang...bukan terus syok sendiri nak jual kang tak pasal-pasal muka orang bermasalah sebab sabun saya huhuhu...

Setakat ini saya dah buat 8 jenis sabun homemade dan saya telahpun mencuba kesemua sabun-sabun tersebut. Alhamdulillah sabun ini boleh digunapakai dan saya yakin ia boleh sesuai untuk dipakai oleh semua peringkat usia kerana saya hanya guna bahan asli sahaja. Tiada bahan yang saya gunakan akan menyebabkan alahan atau merosakkan kulit

Saya dah berani jual sabun homemade saya kepada orang dah dan alhamdulillah mereka semua berpuashati dengan ketulenan sabun saya...Saya juga ada buat perkhimatan jenama sendiri kalau yang berminat. Buat masa sekarang saya ada mould sabun bentuk bunga sahaja. Kalau korang nak tempah bentuk lain korang boleh cari mould yang korang suka. 

Apa-apapun lebih mudah kalau korang direct whatsapp saya untuk berbincang. Dan untuk tahu lebih lanjut berkenaan produk lain yang saya buat,korang boleh jelajah entri-entri dalam blog saya ni ya...Tq tau sebab sudi singgah kat tempat saya hehe...Tinggalkanlah jejak nanti saya p blog korang pula ya...Jumpa lagi ya korang semua...

Wassalam