Image

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Bismillah dan Assalammualaikum kepada semua yang menjejakkan mata di content terakhir saya untuk tahun 2017 ni iaitu CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH ...sidang pembaca yang saya hormati sekalian...(hehehe ...macam nak jadi pengacara ceramah plak) ...saya terpanggil untuk membuat artikel ini adalah disebabkan rentetan daripada ramainya orang yang bertanya bagaimana cara nak pos barang ke luar negara...

Mesti korang semua pelik-pelik apahal pula orang ramai nak tanya kat saya...kenapa tak tanya kat orang lain...orang pejabat pos ke kannn...saya ni bukan pekerja pos Malaysia pon kan... Ahaaaa...soalan yang sangat baik di awal-awal content hehehe...mereka bertanya kepada saya sebab sebelum ini saya pernah membuat satu artikel cara pos barang ke luar negara...saya just sharing pengalaman saya pos produk organik saya ke luar negara tetapi ramai yang bertanya cara dengan lebih detail setelah artikel tersebut masuk di mesin carian google...alhamdulillah...muncul juga artikel saya kat google

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Sebenarnya saya tak pernah keberatan untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan info berkaitan cara pos barang ke luar negara ni...tetapi yang saya kesalkan semua yang mencari info cara pos barang ke luar negara ini adalah mangsa scammer urusniaga jual beli syiling lama...Oleh kerana itu saya buat satu lagi content yang saya harap dapat membantu rakyat Malaysia daripada tertipu dengan sindiket jual beli syiling lama ni...Maka lahirlah artikel CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH ini....

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Gambar-gambar yang saya pertontonkan disini adalah sebilangan mangsa scammer duit syiling lama yang dapat saya selamatkan daripada meneruskan urusniaga. Cuba korang bayangkan logik tak harga syiling lama nak dibeli dengan harga RM50 ribu...RM50 ribu tau...bukan RM50 ringgit...kalau yang jenis kelabu mata,gelap mata,kurang kekuatan iman dan sebagainya sudah pasti akan gundah gulana hatinya untuk menolak betul tak???

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Kenapa saya klasifikasikan ia sebagai scammer??? pandai-pandai je nak cop orang penipu...semua orang yang bertanya pada saya cara nak pos syiling ke luar negara,pasti saya akan tanya samaada duit sudah masuk kedalam akaun mereka ke belum...ada yang jawab sudah...tapi bila saya suruh check akaun dia cakap tiada...habis apa yang sudahnya??? 

Mereka cakap pembeli dah bagi resit bukti duit dah masuk dalam akaun dan bila saya minta dia bagi saya tengok resit tu...tu diaaaa...syarat untuk duit masuk ke dalam akaun penjual,penjual kena bayar fee(yuran)...fee bukan koman-koman pula tu...ada fee yang sampai RM2000...tapi kenapa si penjual masih nak bertanya pada saya bagaimana nak pos barang ke luar negara??? ini bermakna,si penjual memang ada hasrat didalam hati untuk pos syiling tu,sekaligus bersetuju dengan urusniaga tu betul tak....

Ada satu kes ni si pembeli beria-ia suruh bayar fee cepat...dia siap bagi masa 1 jam sahaja...siap ambil gambar pegawai bank sedang uruskan pemindahan wang dan siap hantar progress percentage pemindahan wang ke akaun kita...95% duit dah progress tunggu si penjual bayar fee baru bank akan teruskan pemindahan wang...hahaha saya tengok ni yang lawak...boleh pula macamtu ek...kalau masih ada yang tertipu dengan lakonan mereka ini saya tak tahulah nak cakap macamana lagi...tapi saya nak pesan je kalau ada modus operandi macamni sila alert,korang sedang kena kencing(tipu)...

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Hurmmmm....saya sedih kenapa ramai sangat mudah tertipu dengan permainan duit yang tak logik ni...Pernah seorang mangsa yang tak dapat diselamatkan sebab dia mesej saya selepas dia bayar fee kepada pembeli...bila dia bayar fee kepada pembeli dia terus dapat satu email yang berbaur ugutan supaya dia membayar sejumlah wang yang lebih besar(RM25 ribu kalau tak silap saya) ...sekiranya gagal bayar akaun dia akan digantung dan tidak akan dapat membuka akaun dimana-mana bank di Malaysia...Logik tak ni???Kesiannn....

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Cuba korang perhatikan,semua wang yang ditawarkan oleh pembeli semuanya adalah dalam lingkungan harga yang sangat besar dan tidak logik dengan harga sekeping duit syiling lama semata-mata untuk dikumpul sebagai hobi...Come on la wahai korang-korang semua...buka mata tu sikit,berpijak di bumi nyata....janganlah kerana rasa nak cepat kaya korang mudah diperdayakan oleh mereka-mereka yang memenag kerjanya menipu golongan-golongan kurang cerdik macam kita ni...Allah pun tak bagi rezeki mudah tanpa usaha inikan mereka yang suka suki nak lempar RM50k untuk sekeping duit syiling lama

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Tapi.....
Andaikata ada diantara pembeli duit syiling lama tu adalah pembeli duit syiling lama yang tulen korang boleh je teruskan urusniaga...sebab saya tak cakap semua yang beli duit syiling lama ni scammer...Kekalkan adab jual beli...ada duit ada barang...settle masalah...betul tak...pastikan duit dah betul-betul masuk dalam akaun korang barulah korang pos syiling @ barang jualan korang tu...tiada istilah takut kita tak pos barang...kalau takut sila beli dengan orang lain hokeyyy hehehe...

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Realitikan apa yang biasa kita alami setiap hari...Ada ke korang pergi supermarket ambil barang tak payah bayar dulu....esok-esoklah bayar...boleh??? sekarang ni nak beli gula-gula sebiji pun nak kena bayar,inikan pula yang melibatkan duit yang besar...jangan sesekali keluarkan duit dan berikan kepada pembeli sekiranya korang berada dalam kedudukan sebagai penjual...ingat tu!!!! tapi jangan la korang dalam kedudukan sebagai pembeli tapi taknak keluarkan duit...saya tak tanggung taw kalau korang kena ligan nanti hahahaha....

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

So,kesimpulan daripada content ini adalah sila berhati-hati dengan cubaan untuk menipu dengan urusniaga jual beli syiling lama ni...biasanya mereka akan personal mesej mangsa dan offer harga yang tinggi kalau mangsa ada simpan barang-barang lama,antik,syiling lama dan sebagainya. Biasa dia akan beroperasi di Instagram dan Facebook. 

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Please alert pada orang luar yang add friend di facebook kita...pernah 2 3 orang mangsa yang bagitahu saya dia dipaksa terima hadiah daripada friend mereka di facebook(orang asing) tetapi kena bayar fee dulu...ekeleehhhh katanya hadiah...hadiah kan free...awat kena bayar fee bagai...inipun kena alert...kalau boleh orang luar sila jangan sekali-kali jadikan friend!!! 

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Sedangkan orang kita pun tak boleh dipercayai inikan orang yang entah dari mana munculnya...saya cakap bukan untuk menghasut tetapi sekadar untuk memberi amaran supaya kita semua lebih berhati-hati...setidak-tidaknya kita dapat kurangkan mangsa scammer...sedih wooo kalau kena tipu ribu-ribu ni...bukan senang nak cari duit zaman sekarang...sebab tu ramai yang menipu makan duit haram sekarang ni...Nauzubillah...

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Macam-macam gaya orang yang tanya saya cara pos syiling ni...ada yang tak percaya bila saya cakap yang mereka sedang berurusan dengan scammer...tak kurang juga yang ucapkan terima kasih sebab bagitahu...tapi saya sekadar membantu mana yang perlu sebab kalau boleh kita elakkan benda yang merugikan diri kita sendiri sebab orang tua-tua selalu cakap "menyesal dulu pedapatan,menyesal kemuadian tiada gunanya"...biarlah kita rugi sebab terhindar dari scammer daripada kita kena "ngap" tanpa sedar...huhuhu...

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Sekiranya korang yang sampai di artikel ini yakin pembeli syiling lama @ apa jua barang yang korang niagakan boleh dipercayai dan duit dah pun tercongok dalam akaun bank korang,korang boleh baca artikel ini CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK untuk mengetahui step-step lebih lanjut korang nak pos barang tu...Dan sekiranya korang seorang yang suka membaca mengenai scammer @ penipu yang tak reti malu korang boleh baca semua artikel yang pernah saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar mangsa scammer yang berlaku baru-baru ini...

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU




Apa-apapun kita hanya merancang...Allah yang menentukan segalanya...saya hanya dapat membantu dengan cara ini sahaja...siapa yang bernasib baik dapat jumpa artikel saya dapatlah selamatkan diri...maka,kalau sesiapa yang jumpa artikel ni tolonglah ringan-ringankan jari untuk share artikel ni supaya ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mungkin salah seorang bakal mangsa scammer...Dengan itu berakhirlah sudah content terakhir saya untuk 2017 ni... CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH untuk tatapan semua...Kita jumpa lagi next year...terima kasih kepada semua yang sudi baca rungutan saya hehehe....Dengarkan pantun ikhlas dari saya...

"kayuh laju-laju,
jangan kayuh slow-slow,
kalau korang setuju,
apa lagi...jom la follow..."

p/s : maaf ya,gambar saya tak susun cun-cun sebab saya nak korang tengok semua gambar tu hehehe...dan lagi satu,artikel ni bukan specifik kepada syiling sahaja taw...yang jual barang lain juga perlu berhati-hati..."no money,no talk" pegang ni kuat-kuat...hehehe

"SELAMAT TAHUN BARU 2018"

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

ACAR BUAH SEDAP @ SHOPEE

Bismillah....Assalammualaikum wahai pembaca setia,pembaca yang tersesat dan pembaca yang terpaksa membaca hehehe...apa-apapun selamat menjengah ke blog sendu saya ni...Okey,harini saya nak buat satu short content tentang ACAR BUAH SEDAP @ SHOPEE ...orang kata kalau kita ada benda nak kenalkan kena cerita kepada umum kan..kalau tak cerita macamana orang nak tahu...so,saya nak war-warkan kat korang yang acar buah sedap saya dah pun saya tepek kat kedai shopee saya seperti yang dijanjikan...

ACAR BUAH SEDAP @ SHOPEE

Eh eh eh...mesti ada yang pelik-pelik apahal pulak saya tetiba cerita acar buah padahal saya ni buat produk kecantikan organik..haaa itu saya dah tahu dah...mesti korang baru pestime masuk blog saya ni kan...saya ni apa yang boleh dibuat semua saya buat...saya ni surirumah je...so kenalah cari duit poket sikit sebab saya ni tak reti mintak duit orang...kalau ada duit sendiri senang nak sopink gitewww hahaha...

Baru dua hari lepas saya share resepi acar buah sedap ni kat sini...korang dah baca lom??? Kalau belum baca jemput baca SINI ...Manalah tahu lepas korang baca tu tetiba timbul ilham nak jual acar buah pula kan...siapa tahu...

Saya ni dulu pun buat main-main je...packing-packing hantar kat kedai-kedai area rumah saya...mintak diorang jualkan....bagilah sikit komisen sebab bagi ruang untuk saya letak acar buah saya tu...lebih kurang macam sewa lah ,tapi saya tak boleh nak bertahan lama sebab acar buah saya dipandang sepi bagaikan melukut di tepi gantang je huhuhu...korang tau pasaipa?? 

ACAR BUAH SEDAP @ SHOPEE

Pasainya acar buah saya comot momot...macamana orang nak beli huhuhu...moral of my story orang tu tiada masa untuk lap-lapkan acar buah saya kalau berhabuk dan kalau customer pegang-pegang dan terjatuh tuan kedai tiada masa nak ambil tahu giteww...kita jangan salahkan orang...mungkin bukan rezeki saya untuk berniaga berkonsepkan letak barang kat kedai orang...think positive hokeyy....

Oleh kerana merajuk dengan diri sendiri sebab gagal berniaga acar buah sedap ni saya stop jual dan tak pernah berangan-anganpun untuk jual acar buah ni lagi...

Lama juga saya stop buat acar buah ni tetiba ada orang order minta saya buatkan...so,dari situlah saya bermula balik projek buat acar buah sehingga harini...walaupun nama acar buah saya orang tak kenalpun tetapi saya syukur sangat-sangat ada juga sumber rezeki saya daripada jualan acar buah sedap ni...

ACAR BUAH SEDAP @ SHOPEE

Oleh kerana sekarang saya dah berjinak-jinak jual barang kat market place,so saya pun cuba letak acar buah saya kat shopee dan alhamdulillah the next day saya upload dah ada orang membeli...syukur sangat...Lagi satu,korang jangan kaget pula tengok gambar yang tulis no rating tuh sebab tadi saya cakap baru sehari upload dah ada orang order kan...gambar tu saya screen shot masa sebelum customer terima barang...so rating belum tertulis lagi...saya bagitahu untuk bagi terangggg...hehehe

Eh lupa nak cakap kat korang...saya jual acar buah ni dalam 2 jenis packaging tau...satu dalam botol 300g dan satu lagi saya packing kilo-kilo sebab kebanyakan customer saya yang beli sebab nak buat jamu kenduri...so,lebih senang packing gitu...lagipun kalau beli kilo lebih jimat berbanding beli yang dalam botol...tengoklah mana yang sesuai untuk selera korang kan...takkan nak makan sorang je tapi kena beli sekilo kannnn...hehehe...kita bagi option pada orang yang nak membeli

ACAR BUAH SEDAP @ SHOPEE
Kenapa saya heboh sangat nak bagitau korang yang acar buah sedap saya ni dah ada kat shopee??? Haaa korang meh rapat-rapat...saya nak bagitau...kalau beli kat shopee korang jimat sikit postage...kalau korang beli barang harga RM30 keatas korang boleh dapat free postage...kalau beli direct dengan saya memang tak dapatlah nak free postage ni...hehehe...


Tapi korang kena ingat free postage tu limitnya sampai 5kg je tau...kalau korang tetiba nak beli 20kg jangan korang terus tekan 20kg nanti tak dapat dah free postage tu...meh saya ajarin eh hehehe...kalau korang nak 20kg acar buah tu korang order 5kg setiap order...so korang buat 4 kali order...so,keempat-empat order tu korang dapat free postage gitewwww...pehe dok???

ACAR BUAH SEDAP @ SHOPEE
Sedap ke acar buah sedap tuh??? Namapun acar buah sedap...tentulah sedap...alamak terasa macam masuk bakul angkat sendiri pula dah hehe...setakat saya menjual acar buah johor resepi mak saya ni memang alhamdulillah boleh diterima oleh tekak-tekak mereka yang membeli...

Kebanyakan customer yang beli adalah orang india...mereka cakap sedap makan dengan nasi beriani...tapi bukan orang india je...orang melayu pun ada yang beli dan yang paling baru ni customer order untuk menjamu majlis rakan pejabat yang ada kaum india dan cina...tak sabar pula rasanya nak dengar feedback daripada orang cina pula...

ACAR BUAH SEDAP @ SHOPEE

Tengah syok-syok tulis artikel ni customer bagi feedbback...macam tau-tau je saya tengah cerita dia punya order hehehe....Korang yang nak cuba rasa acar buah sedap samaada boleh diterima oleh tekak korang boleh beli kat kedai shopee saya ACAR BUAH SEDAP 300G & ACAR BUAH SEDAP KILO ...kepada yang nak resepi cara buat acar buah ni korang boleh baca kat SINI ...korang boleh buat untuk makan sendiri or boleh buat untuk korang jual...tiada masalah,in Sya Allah mesti menjadi...korang kena cuba...

Oklah settle dah saya nak bagitahu korang pasal ACAR BUAH SEDAP @ SHOPEE ni...kalau ada yang membaca ni belum tahu apetu shopee,bagaimana nak jual barang korang kat shopee,bagaimana nak niaga kat shopee dan apa-apa yang berkaitan dengan shopee boleh baca info lengkap tentang cara berniaga di BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE ...jumpa lagi next konten...terima kasih sebab sudi menyinggah...
Wassalam


Survey :
Tahun bila kali terakhir korang makan acar buah sebagai hidangan masa kenduri kahwin? 

A) 1985
B) 1993
C) 2005
D) Tak pernah jumpa

JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK

Bismillah....
Assalammualaikum...hi uolllssss...nak tanya ni...korang suka tak punya bibir yang cun melecun? bibir yang yang merah bak delima merekah...bibir yang munggil...semua orang mesti nak kannnn...bibir adalah anggota pertama yang dilihat oleh semua orang pabila kita berjumpa dengan orang selain daripada mata....pendek kata semua anggota yang berada di bahagian muka semua adalah menjadi perhatian ketika berhadapan dengan orang...melainkan korang seorang pengguna purdah @ korang letak tanda amaran "sila jangan tengok bibir saya" (hihihi gurau je...) Harini saya nak buat artikel ringkas tentang JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK buat korang yang ada masalah seperti yang saya sebut tadi...

JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK

Actually,bibir yang bermasalah banyak penyebabnya...selain daripada tabiat merokok yang boleh menyebabkan bibir menjadi hitam dan lebam,faktor cuaca juga boleh menyebabkan kulit bibir menjadi kering dan pecah. Bila dah pecah akan mengakibatkan bibir korang jadi luka...Once bibir korang luka akan menjurus kepada kerosakan struktur kulit pada bibir korang. Walaupun anggota mulut adalah salah satu tempat yang paling cepat boleh dirawat secara semulajadi tetapi lebih baik kita menghindari kerosakan daripada kita mencari solusi untuk merawat....bak kata orang "mencegah lebih baik dari merawat"...giteww...

JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK

Selain daripada faktor cuaca,penggunaan barang kosmetik dibibir yang tidak serasi dengan kita juga boleh mengakibatkan kerosakan pada bibir kita. Contohnya penggunaan lipstik yang kerap akan menyebabkan kulit pada bibir menjadi kering...lebih-lebih lagi kita tak tahu bahan apa yang digunakan dalam lipstik tu semua...yang kita tahu pakai je sebab warnanya cantik dan tahan lama...sedangkan kita abaikan kesan sampingan jangkamasa pendek @ panjang yang bakal kita hadapi nanti

JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK

Salah satu JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK yang paling mudah dan berkesan adalah menggunakan scrub bibir @ lip scrub. Fungsi lip scrub ini adalah untuk membuang sel-sel kulit mati @ kulit kering yang terdapat pada permukaan bibir kita. Lips scrub mampu memberikan banyak nutrien pada bibir serta melembabkan bibir kita sebagai langkah memelihara bibir kita daripada rosak akibat punca-punca yang saya sebutkan tadi. Lips scrub ini adalah 100% diperbuat daripada bahan semulajadi,so korang tak perlu risau bila nak guna kerana ia tidak akan memberi sebarang kesan sampingan malah ia akan sangat membantu korang merawat masalah bibir rosak

JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK














Kenapa saya yakin sangat scrub bibir @ lips scrub ini dapat membantu merawat bibir rosak? Antara kandungan yang terdapat dalam lip scrub ini adalah gula untuk bagi sel kulit mati keluar ketika proses scrubbing...Minyak zaitun dan madu pula akan membantu melembabkan bibir korang. Selain itu terdapat Vitamin E dalam scrub bibir ini akan mencerah dan merawat kulit bibir korang yang mengalami kerosakan @ lebam. Dalam setiap scrub yang dihasilkan tiada sebarang bahan kimia yang dicampurkan...

Warna scrub bibir ini adalah hasil daripada perwarna makanan tau...kita tak guna sebarang mica @ colouring yang bukan dari ketegori makanan...sebab scrub ini pakainya dibibir,so paling sedikit 5% mesti ada yang terlepas masuk ke dalam mulut,maka kita ambil langkah berjaga-jaga untuk menghasilkan lips scrub @ scrub bibir yang "mesra tekak"...hahahaha...maka kalau korang tertelan adalah masih lagi selamat...tapi sila ingatkan tangan korang jangan ambil sudu kat dapur pastu sudukan lipscrub ke dalam tekak pula...sebab lipscrub ini di buat bukan khas untuk tekak...hehehe....

JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK














Selain daripada itu,saya menggunakan perisa strawbery sebagai bahan pelengkap yang sesuai digandingkan dengan warna merah...sekali korang scrub bibir korang,korang akan fefeeeling makan buat strawbery kat cameron highlands gitewww...Ditambah pula dengan rasa papermint yang segar menjadikan lip scrub  @ scrub bibir organik ni sempurna merawat semua masalah bibir korang. Apa yang bestnya adalah selepas korang scrub bibir,korang akan dapat rasakan perubahan pada bibir korang serta merta...bibir akan rasa lebih lembut,lembab dan pinkish...Yang menariknya bila korang apply lipstik selepas scrub bibir...lipstik akan lebih mudah nak apply dan kelihatan lebih cantik...bibir dah tak kering dah...

JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK














Gambar-gambar yang saya share kat korang ni semua adalah gambar masa saya buatkan tempahan customer last week...baru sekarang dapat update sebab macam banyak sangat benda yang nak di dahulukan...so,harini baru ada kesempatan nak tepek gambar-gambar ni semua huhuhuhu...ini adalah kali ke 4 customer ni repeat order untuk scrub bibir ni...Alhamdulillah sangat dapat bantu customer ni jana income...buat tambah-tambah pendapatan kan hehehe...

JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK

Buat pengetahuan korang saya masih lagi aktif menyediakan perkhimatan membuat produk untuk korang brandkan dengan jenama korang. Sambil saya buat untuk saya jual saya buat untuk orang lain jual pula kan...apa salahnya kita share-share rezeki...Ada gak desas-desus cakap saya takut nak bersaing katanya...boleh pula cakap saya tak percaya rezeki Allah yang bagi...ish ish ishh...kalau saya jenis yang takut nak bersaing apalah gunanya saya buatkan untuk orang produk yang sama saya jual dik oiiiii...cakap tu biarlah berasas sikit..."lu pikirla sendiri" bak kata nabil...hahaha...

JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK

So,saya rasa ini sahaja yang dapat saya sharekan dengan korang harini...next time saya membebel lagi eh...kalau ada yang sudi nak tengok gambar-gambar @ perkongsian saya di masa akan datang jom la follow saya hikhikhik...(tak malu betul saya nih...) Siapa nak bibir cantik??? ini lah JALAN PENYELESAIAN UNTUK BIBIR KERING, MEREKAH,LEBAM DAN ROSAK ... 100% organik dan selamat digunakan...hatta tertelanpun tidak membawa maut hehehe...eh lupa nak bagitau korang saya dah letak scrub bibir @ lipscrub ni kat kedai shopee saya...kalau korang nak beli boleh beli kat sana...free pos oooo...jumpa lagi lagi next story hokeyy...hehehe jom ke KEDAI SHOPEE SAYA 
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Bismillah...
Assalammualaikum semuaaaa....semoga sesiapa yang melewati artikel RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP ni sihat-sihat belaka hendaknya...mesti ada yang berminat nak belajar macamana nak buat acar buah ni kan...biasa makan je...sekarang kita belajar pula macamana nak membuatnya...hehehe...sebelum tu saya nak bagitahu acar buah johor ini adalah makanan tradisi yang selalu kita boleh makan kat kenduri kahwin kannn..pastu kalau makan nasi beriani pon sedap sangat kalau ada acar buah ni...lagi satu,time bulan puasa memang ramai orang cari acar buah ni sebab nak buat makan pembuka selera waktu bersahur nanti...betoi tak orang johor???

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Sebenarnya saya dapat banyak permintaan daripada kawan-kawan pesbuk untuk RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP ni..."asyik share gambar je...share la resepi sekali...boleh kitorang buat nanti"  Haaa...gitula lebih kurang ayat penyata mereka kat saya bila saya share gambar aktiviti memasak acar buah saya...so,harini saya nak memenuhi permintaan mereka...jom layan saya jadi cikgu Senah(bukan nama sebenar) sat taw...hehehe...pstttt...haritu baru jadi cikgu mengajar tentang SHOPEE...ni nak mengajar masak-masak pula...hehehe,macam-macam la cikgu Senah nih...

Jom belajar...

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP
( base on 1kg buah@asam )
Cili kering  30g
Bawang kecil & besar 50g
Bawang putih 10g
Minyak masak 120ml
Gula 50g
Garam 10g
Cuka 15ml
Halia 5g

Note : Bawang besar jangan terlalu banyak sebab dia banyak air...so lebihkan bawang kecil...kalau nak buat dalam kuantiti banyak just kali kan je bahan tu ikut jumlah kg bahan buah @ asam korang nak buat tu

Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar bahan yang saya gunakan sepanjang sesi memasak acar buah johor baru-baru ni...sebelum ni saya tak sempat nak ambil gambar betul-betul dengan lengkap tapi disebabkan dah niat nak share resepi saya ambil gambar kali ni untuk ditempek kat sini sebagai hidangan mata korang hehehe...baru je semalam saya buat 6kg acar buah sebab ada orang tempah tu yang ada kesempatan nak buka kelas memasak harini hehehe...Alhamdulillahhh...mak saya cakap ilmu ni tak rugi kalau dikongsi...so,harap-harap korang yang faham dengan apa yang saya ajar bolehlah manfaatkan nanti dan bolehlah ajar kat orang lain pula ye...

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Ini adalah antara bahan utama acar buah...ini buah-buah @ asam-asam yang dapat saya cari...yang lain semua tiada stok kat kedai sini...biasa ada buah warna hijau tapi tiada...sedih betul rasanya...kuranglah seri acar buah saya nanti...tapi yang pasti rasanya tetap auummm...hehehe...korang boleh letak apa sahaja buah yang korang suka...tak ikut yang macam saya guna pun takpe...kismispun korang boleh letak,semalam cari kismis pun takde stok...so terpaksalah buat ikut apa yang ada je....

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP


RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP


Yang ini pula bahan-bahan lain yang akan menjayakan projek acar buah kita nanti...saya suka siap-siapkan semua bahan baru start buat sebab takut ada yang tercicir nanti huhuhuhu...macam minyak,gula dan cuka pun saya siap-siap timbang...senang nanti tiba masanya terus lambak kan je dalam kuali kannnn... Cili kering,bawang dan halia korang kena blend semua sekali jadikan paste macam dalam gambar tu eh...kuantiti ikut resepi yang saya sediakan kat atas...semua yang saya bagi tu dah cukup rasa cukup segala...korang tak perlu nak tambah-tambah apa dah...kalau tak rasa masa memasak tu pun takpe...memang dah cukup rasa dah resepi tu...gambar garam saya tak ambil sebab lupa huhuhu...tapi korang ikutlah dalam resepi tu tau...

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Okey,kalau semua bahan sudah tersedia baru kita teruskan dengan aktiviti memasak pula...First sekali panaskan kuali then masukkan minyak yang dah siap-siap ukur tadi...bila minyak dah cukup panas korang tumiskan bahan yang korang kisar tadi...Lepas je korang tumis korang terus tutup kuali @ periuk yang korang guna untuk memasak tu tau...ada 2 sebab kenapa kita perlu tutup kuali masa memasak...sebab yang pertama supaya semua khasiat dan bau tumisan tu tak keluar dan yang keduanya nanti tumisan tu melompat-lompat keluar habis dapur korang berminyak-minyak...Petua orang tua-tua kalau nak masakan sedap bila masak kena tutup biar semuanya sebati kat makanan tersebut...

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Hehehe...sempat gamaknya saya ambil gambar kuali yang bertutup ni untuk tontonan korang...saya kalau buat acar buah inilah part yang paling lemah...sebab tumisan tu memercik-mercik keluar...kalau kena kat tangan aduhaiiii pedihnya...pastu saya nak pesan,kalau menumis tu pastikan api korang kecilkan sedikit sebab takut tumisan tu cepat hangus...biar dia masak lama-lama sikit kalau nak acar buah ni tahan lama...pastu korang kena rajin kacau tau,jangan biarkan je...sekali sekala korang buka penutup kuali tu dan kacau bagi dia merata....

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Bila tumisan tadi dah masak dan pecah minyak korang boleh letak 3 benda ni...Korang kena letak gula,cuka dan garam ikut resepi yang saya bagi tadi...then korang kacau lagi sampai sebati macam dalam gambar kat atas nun...gambar ni adalah gambar selepas saya curahkan gula,garam dan cuka...sebelum letak 3 bahan ni tak dapat amik gambar sebab minyak melompat-lompat,takut kena kat handphone aiiii hehehe...

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Then bila semua dah sebati korang boleh letak asam@buah@jeruk yang korang nak letak...pastikan korang letak yang keras-keras dulu...contohnya macam kat atas ni...asam ni keras sikit,so saya masukkan dulu...kalau korang nak masukkan lobak asin,kismis,asam yang berbiji boleh masukkan masa ni iaitu bahan yang pertama dimasukkan selepas sambal dah masak...pastu korang kacau hempuk-hempuk lebih kurang dalam 5 minit boleh la masukkan bahan-bahan yang lain...

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Korang masukkan je bahan-bahan lain yang korang nak masuk dan kacau bagi mereka rata dan mesra...lepas tu korang biarkan atas dapur dalm 15 minit...korang kena balik-balikkan taw...jangan biarkan je sebab nak bagi acar tu sebati dengan bahan...masa 15 minit yang saya cakap tu untuk yang buat kuantiti yang banyak...kalau yang buat sikit tu tak perlulah tunggu lama sangat..agak-agak dah ok dah boleh tutup api dah...

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Tadaaaa...inilah rupanya hasil acar buah yang saya berjaya siapkan untuk tempahan customer. Walaupun kekurangan warna hijau sebagai pembangkit seri tetapi masih nampak berselera dan semestinya rasa masih lagi sedap...hehehe...puji diri sendiri...kalau tak sedap masakan orang tempah dan repeat order kan...huhuhu...

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP

Dan macam biasa lepas dah sejuk saya akan packing. 1 plastik beratnya 1kg dan yang dalam botol beratnya 300g...biasanya saya tak buat banyak-banyak untuk buat stok,bila ada order baru saya buat sebab macam tak syok pula simpan lama-lama bagi kat orang walaupun acar buah ni boleh tahan setahun jangka hayatnya...saya nak orang yang tempah kat saya dapat acar buah yang fresh gitewww...

Korang faham tak apa yang saya ajar nih?? ke saya syok sendiri mengajar?? ke langsung tiada siapa yang nak tahu pun pasal resepi ni? sebab malas nak buat...takde masa nak buat...or lebih prefer beli je...sebab macam renyah je nak buat...ok ok....banyak pula persoalan yang saya timbulkan...harap korang faham story saya tentang RESEPI ACAR BUAH JOHOR 2017 - MUDAH & SEDAP ni ...kalau ada yang tak faham korang boleh tanya okeyyy....lepas ni saya nak masukkan acar buah sedap saya ni kat kedai shopee saya...kalau korang teringin nak makan bolehlah order hehehe...shopee jimat pos taw...kalau harga lebih RM30 free pos pula tu...uiiiii tak sabar nak jual acar buah sedap ni kat shopee....Oklah korang,kita jumpa next story ya...thank's pada yang sudi singgah...jumpa lagiiii...baiiiii
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :