BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL RENDAH

BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL RENDAH
Bismillah...
Assalamualaikum semua....

Betul ke tajuk ni? Boleh ke buat jenama sendiri dengan modal rendah? Produk apa? Boleh jual ke? Ok ke? Macamana nak mula?

Bermacam-macam soalan yang di aju kepada saya setiap kali iklan saya di media sosial dapat perhatian dikalangan mereka-mereka yang berhasrat nak cari duit tapi tiada keyakinan yang kuat....tiada semangat yang kuat....

Mula-mula sekali saya nak perkenalkan diri saya dulu. Sebab saya ni bukan terkenal untuk semua orang tahu. Yang pernah berurusan dengan saya mungkin kenal saya tapi masih ramai yang belum mengenali diri saya. Saya berasal dari negeri sembilan dan sekarang menetap di johor. Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan atas talian secara sambilan dan kadang kala agak serius sebab banyak order huhuhuhu... 

Saya merupakan pengeluar Scrub spa organik di Malaysia. Saya telah membekalkan banyak scrub untuk kegunaan spa-spa di Malaysia,Singapore dan Brunei... Nampak macam produk simple-simple je kan...tapi bagi saya rezeki setiap insan Allah dah tentukan...kita sebagai insan itu hanya perlu berusaha untuk menggapai rezeki itu sebab ia tidak akan datang bergolek kepada kita...

Harini saya nak share kepada mereka-mereka yang kat luar sana yang masih tercari-cari cara nak cari duit poket. Peluang ini terbuka kepada semua orang...tiada yang terkecuali,semua boleh berurusan dengan saya. Cuba baca pamplet yang saya tepek di bawah, saya hanya tawarkan 3 jenis flavour untuk dijenamakan dengan jenama anda sendiri. Harga jual anda adalah hak anda untuk tentukan.

Scrub  yang saya hasilkan tiada bahan kimia sama sekali. Antara bahan yang saya gunakan adalah Gula bertapis,Gula perang bertapis,Argan oil,Castor oil,Olive oil,Cinamoon extract,Beras organic,Koko,Biji kopi Gred AAA,Lavender Essential oil dan lain-lain lagi. Tiada bahan terlarang di dalam produk saya. Produk saya tiada kesan sampingan dan boleh digunakan dengan kerap.

BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL RENDAH

KENAPA MESTI PILIH SCRUB UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI?
Kerana scrub lebih mudah untuk kita jual. 85% wanita di Malaysia menggunakan scrub untuk mencantikan kulit. Menurut kajian penggunaan scrub merupakan jalan yang paling mudah untuk membuang sel kulit mati kerana kesannya dapat dilihat serta merta. Selain itu ia sangat-sangat mudah untuk dijual. Bagi yang baru-baru nak menjinakkan diri atau nak cuba-cuba berniaga saya rasa sesuai untuk jual scrub ini untuk permulaan kerana anda boleh jual dengan adik beradik,kawan-kawan pejabat,jiran-jiran dan sebagainya.

FIRST STEP IS THE MOST IMPORTANT!!!
Saya selalu pegang kata-kata ni setiap saat kerana bagi saya selagi saya tidak cuba menggorak langkah saya tidak akan tahu apa yang berada di hadapan. Bak kata orang ' BELUM CUBA BELUM TAU'  90% orang yang mencuba sesuatu yang baru akan menyesal tidak mencubanya lebih awal kerana hasil yang mereka dapat dan kebanyakan orang yang menyesal dengan apa yang mereka cuba kerana gagal adalah disebabkan kemalasan,kurang usaha dan mudah putus asa. 

TIPS SIMPLE UNTUK MAJU cara saya...
Dalam kehidupan kita jatuh bangun adalah adat sebagai insan. Untuk menempa kejayaan bukan satu benda yang mudah. Doa sangat penting,hati kena kuat,semangat kena kental,Istiqomah kena wajib...Ingat! Setiap Usaha pasti ada hasil...Usaha yang tiada hasil adalah usaha yang tidak mencukupi...ini lah prinsip yang kita perlu pegang untuk berjaya. 

Baikla...kepada sesiapa sahaja yang berminat nak mencuba boleh direct wasap saya di 01132484182...saya akan memberikan servis terbaik kepada anda Inn Sya Allah...sehingga bertemu lagi di lain entri...salam sayang dari saya di ZM BEAUTY...Salam....

0 ulasan:

Post a Comment